20 June 2010

Latest transfer rumours

Rumours terkini siapa yang akan menjadi gandingan Thomas Vermaelen musim depan walaupun Laurent Koscielny dilihat bakal hadir ke Emirates Stadium tidak lama lagi.. Rakan gandingan dan rakan baik Thomas Vermaelen, John Vertonghen mungkin akan muncul satu lagi pembelian di bahagian pertahanan..

Pertahanan berusia 23 tahun ini pernah bergandingan bersama Verminator di Ajax dan juga merupakan gandingan Vermaelen di dalam skuad kebangsaan Belgium.. Vertonghen merupakan rakan baik Vermaelen dan Vertonghen juga merupakan pemain berkaki kidal dan mampu beraksi di bahagian bek kiri dan pemain tengah bertahan selain centre back..

Namun jika Vertonghen dan Koscielny menyertai Arsenal.. Atikah merasakan yang Laurent Koscielny akan menjadi pilihan utama Wenger untuk bergandingan bersama Vermaelen memandangkan Wenger tidak gemar meletakkan kedua-dua pemain kidal bergandingan di bahagian tengah pertahanan..

Walaupun terdapat laporan yang Wenger dapat membayangkan yang kedua-dua pemain ini (Vertonghen dan Vermaelen) mampu membentuk gandingan mantap dan seterusnya muncul gandingan lagenda di Arsenal.. Atikah masih merasakan Koscielny akan menjadi pilihan utama jika perjanjian di antara Arsenal dan Lorient berjaya mencapai kata persetujuan..

Sementara itu Wenger bersedia memikirkan untuk membuat perpindahan terhadap salah seorang penjaga gol di Piala Dunia dengan menurut spy Atikah penjaga gol Argentina Sergio Romero dan penjaga gol Itali Federico Marchetti sebagai pilihan utama..

Atikah tidak ingat jika penjaga gol berusia 23 tahun ini beraksi cemerlang semasa menentang Arsenal di saingan Champions League tahun lepas.. Tetapi Romero diakui cukup berbakat.. Penjaga gol AZ Alkmaar ini merupakan pilihan utama Maradona di Piala Dunia dan setakat ini beraksi cemerlang dengan dibantu pertahanan yang x kurang cemerlangnya..

Namun satu saja masalah tentang Romero nie.. Dia agak panas baran sikit orangnya.. Pada Mac 2009 yang lalu, Romero telah mematahkan tangannya selepas pasukannya tewas di suku akhir Piala Belanda kepada NAC Breda kerana kekecewaan yang teramat sangat..

Pilihan utama Wenger ialah penjaga gol Itali yang semakin meningkat naik, Federico Marchetti.. Penjaga gol berusia 27 tahun ini kini mengantikan Buffon yang cedera dan setakat ini menampilkan aksi memberangsangkan.. Namun Juventus cukup berminat untuk mendapatkan Marchetti dan pasukannya Cagilari meletakkan tanda harga sekitar 12 juta pound ke atas Marchetti.. Adios!!

3 comments:

shahril said...

mcm mane keeper alumni,fabianski dan vito mannare...masih samar ke????

20.6.10
atikah said...

masa depan almunia mmg dlm keraguan setakat nie.. tapi fabianski dan mannone serta szczesny dijangka akn terus stay memandangkan ketiga-tiga mereka ini bagaikan masih ada kepercayaan daripada arsene wenger..

21.6.10
shahril said...

klau betul kata atiqah..saya setuju...arsenal mmpunyai ramai golkeeper pelapis...tapi betul ke almunia punya kedudukan tidak tergugat seperti yg digemburksn di internet..saya mmg risau tentang golkepeer kerana golkepeer mmpunyai tugas yg berat berbanding pemain lain...apa pun apa pandangan atiqah tentang calon yg sesuai bagi golkepeer arsenal...saya harap golkepeer arsenal yg baru ini setanding dengan david seamen...

21.6.10

Post a Comment