01 June 2010

Pemain England ke Arsenal

Memandangkan hari ini agak slow sikit rumours siapa untuk ke Arsenal walaupun secara rasminya pintu perpindahan sudahpun di buka, Atikah nak buat artikel khas tentang rumours yang Wenger sedang mempertimbangkan untuk membawa masuk Joe Cole secara percuma sebaik kontrak Cole bersama Chelsea tamat bulan Jun ini..

Antara faktor Atikah percaya ianya akan berlaku ialah memandangkan UEFA dan FA England telah membuat satu syarat iaitu mahukan lebih ramai pemain tempatan.. Jadi Wenger secara jujurnya cukup terdesak untuk memenuhi syarat tersebut walaupun ianya agak kurang di senangi Wenger.. Memandangkan harga pemain England terlalu mahal..

Bagi Atikah penambahan Joe Cole ke Arsenal cukup diperlukan memandangkan Cole cukup cemerlang semasa cergas.. Namun satu masalah yang perlu diselesaikan ialah yang Cole meminta gaji sekitar 120 ribu pound seminggu.. Wenger pasti perlu melakukan sesuatu untuk memujuk Cole menyertai Arsenal tanpa gaji setinggi itu..

Tetapi adakah ada tempat untuk Cole di Arsenal?? Nasri, Walcott dan Eboue sering mengisi posisi tersebut walaupun Nasri lebih prefer bermain di tengah berbanding sayap walaupun hakikatnya Nasri lebih cemerlang di bahagian sayap.. Walcott pula cukup bagus di sayap kanan sejak kebelakangan ini walaupun di lebih suka diletakkan di bahagian tengah serangan..

Eboue pula lebih suka beraksi di posisi bek kanan walaupun Wenger pula lebih suka meletakkannya di sayap kanan.. Itu belum termasuk Bendtner lagi yang sering kali diletakkan di sayap kanan jika RVP cergas.. Jadi sebenarnya adakah tempat untuk Cole dalam pasukan?? Atikah yakin jika benar Wenger nak beli Cole pasti dia dah memikirkan setiap kemungkinan..

Terdapat beberapa calon pemain England yang mahu di bawa masuk Wenger iaitu penjaga gol, Joe Hart di mana Arsenal dilaporkan akan membuat tawaran bernilai sekitar 10 juta pound untuk khidmatnya namun Man. City agak keberatan untuk menjualnya memandangkan Given mengalami kecederaan bahu yang serius yang di alaminya semasa menentang Arsenal..

Namun sejujurnya kehadiran Hart cukup bagus memandangkan masalah penjaga gol yang di alami Arsenal musim ini.. Almunia bukanlah terus sangat namun Almunia mempunyai musim yang buruk dan masalah prestasi.. Sementara Fabianski pula masih mempunyai masalah dengan tahap kekentalan mentalnya di mana ianya menjadi faktor utama aksi goyahnya bersama Arsenal..

Mannone pula masih mentah dan lebih banyak di bantu dengan nasib baik.. Szczesny pula masih muda.. Walaupun kehebatannya telah dipamerkan di Brentford namun hakikat dan realitinya EPL merupakan liga yang lebih mencabar berbanding Liga kedua England..

Gary Cahill merupakan pilihan kedua.. Namun pemain pertahanan Bolton ini nilainya ialah sekitar 14 juta pound dan tambahan pula Owen Coyle cukup keberatan untuk melepaskan pemain pertahanannya ini.. Dan Wenger juga agak keberatan untuk menawarkan 14 juta pound kepada Bolton untuk khidmat Cahill..

Selain Joe Cole dan Joe Hart yang di alu-alukan Atikah untuk ke Arsenal, Steven Taylor pemain pertahanan Newcastle United ini juga amat di alu-alukan Atikah untuk ke Arsenal.. Berusia 24 tahun dan nilainya baru 5 juta pound dan cukup berwibawa di bahagian pertahanan dan mampu muncul sebagai gandingan sesuai Vermaelen..

Dengan hakikat yang Taylor bergaduh dengan rakan sepasukannya Andy Carroll dan kontraknya berbaki setahun lagi, Atikah cukup yakin yang Taylor akan ke Arsenal.. Tambahan pula Newcastle lebih prefer mengekalkan Carroll berbanding Taylor.. Jadi peluang untuk melihat Taylor ke Arsenal cukup cerah..

Joe Cole, Joe Hart dan Steven Taylor ke Arsenal.. Atikah rasa ianya sudah cukup untuk musim panas ini.. Namun Wenger masih perlukan seorang atau 2 pemain pertahanan lagi bergantung dengan keputusan Gallas dan Campbell untuk kekal atau tidak di Arsenal.. Dan tambahan pula Silvestre dan Senderos sudah sah meninggalkan Arsenal..

Namun Atikah menjangkakan Harvard Nordveit akan step up dari akademi Arsenal dan mungkin juga kapten pasukan skuad simpanan, Kyle Bartley.. Kedua-dua mereka mungkin akan mengisi kekosongan yang di tinggalkan Silvestre dan Senderos.. Jadi jika Wenger melakukannya nampaknya mungkin hanya seorang pemain pertahanan saja yang akan di bawa masuk Wenger.. Adios!!

2 comments:

ErwanBlog.com said...

atikah, macam mana dengan cerita trio west ham (green, upson, parker)??bukan ke nordtveit skrg dh semusim dipinjam ke fc nurmberg??

1.6.10
atikah said...

sorry.. bnyk sangat nama.. tapi Upson tu mcm x je.. Parker pulak West Ham mcm x nk jual.. Si green tu.. Hmmm.. ntahla.. tapi Atikah lebih prefer Hart sebabnya musim lepas Green tengelam sikit..

mmglah si Nordveit tu dipinjamkan ke FC Nurnberg sepanjang musim 2009/2010.. tapi dia masih belum berada dlm skuad utama lagi.. tapi Wenger tgh pikir nak masukkan nordveit dlm first team sebaik tamat tempoh pinjamannya..

sbb utama wenger pinjamkan nordveit ialah utk melihat kalau nordveit dh bersedia dgn cabaran.. jadi aksi dia di bundesliga musim lepas akn mempengaruhi keputusan wenger sama ada nordveit akn ke first team atau tidak..

2.6.10

Post a Comment