30 June 2010

Campbell, Eduardo and Song

Sol Campbell menegaskan yang dia akan memutuskan masa depannya selepas majlis perkahwinan dan selepas tamat berbulan madu.. Campbell juga mengesahkan yang dia masih memikirkan tawaran daripada Arsenal walaupun terdapat laporan yang Campbell akan menyertai revolusi baru Celtic di bawah pimpinan Neil Lennon..

Arsenal berkemungkinan akan melepaskan Eduardo da Silva yang mula mendapati dirinya kini mungkin akan diketepikan selepas kemasukan Marouane Chamakh dan aksi memikat dari Nicklas Bendtner.. Namun spy Atikah masih belum boleh memberikan apa-apa kepastian tentang rumours ini..

Sementara itu spy Atikah melaporkan yang kelab gergasi Turki Galatasary telah membuat tawaran kepada Arsenal untuk mendapatkan khidmat tonggak utama Arsenal di bahagian tengah selepas Fabregas iaitu Alexander Song.. Namun walau bagaimanapun Arsenal telah mereject tawaran tersebut bulat-bulat..

Yang kelakarnya Galatasary membuat tawaran bernilai 4 juta ( x pasti sama ada euro mahupun pound.. Atikah rasa euro) untuk mendapatkan khidmat Song.. Ohh tolonglah 20 juta pound merupakan harga Song.. Sebabnya Song baru 23 tahun bulan September ini dan Song cukup boleh diharapkan untuk mengawal barisan hadapan pertahanan..

Song yang baru-baru ini disahkan sebagai pemain terbaik ketiga tahunan Arsenal juga boleh diharapkan untuk mengisi posisi pertahanan tengah.. Dan sejak akhir-akhir ini, aksi menyerang Song semakin bagus.. Jadi agak mustahil Atikah nak percaya kalau Wenger terfikir nak terima tawaran 4 juta untuk khidmat Song..

Terutama sekali Arsenal membelinya dengan harga 1 juta pound daripada kelab Ligue 2 Perancis SC Bastia.. Hakikatnya Song merupakan pemain paling improve dalam pasukan juga membuatkan nilai 4 juta untuk khidmatnya cukup memalukan.. Hmm.. Apalah dengan dunia sekarang ini..

Pemain yang bagus mereka beli dengan harga yang murah sahaja.. Tapi pemain yang teruk mereka bayar mahal-mahal.. Last-last sekali perlaburan tersebut x berbaloi langsung.. Merugikan je adalah.. Beli 20 juta pound tapi last-last jual dalam 5 juta pound je.. Adios!!

1 comments:

shahril said...

saya dah tengok jersey home arsenal yg baru.....jersey nya mcm retro kit...ada warna merah dan putih...modelnya thomas veermalen....x tahu apa pendapat korang tentang jersey baru arsenal ni...

1.7.10

Post a Comment