21 January 2010

Arsenal On The Top !!

Okey Atikah nak mintak maaf sebab x postingkan apa-apa semalam memandangkan Atikah betul-betul sibuk.. Awal pagi tadi Arsenal secara sahnya mengungguli carta liga selepas berjaya membuat comeback selepas ketinggalan 2-0 untuk memastikan Arsenal mendahului carta liga buat pertama kalinya menerusi kelebihan jaringan gol..

ALMUNIA
SAGNA-----GALLAS-----VERMAELEN-----CLICHY
FABREGAS-----DENILSON-----DIABY
ROSICKY-----EDUARDO-----ARSHAVIN

Sebelum perlawanan semua pemain dan penonton di Emirates Stadium berkabung sebentar mengingati kejadian gempa bumi di Haiti.. Arsenal ketinggalan seawal minit keenam selepas Gary Cahill menjaringkan gol selepas Diaby dan Clichy gagal mengeluarkan bola sebelum Cahill merembat dari jarak dekat..

Kesilapan Denilson memberikan Bolton sepakan penalti di mana berjaya disudahkan oleh Matt Taylor.. Wenger jelas agak kecewa selepas Arsenal ketinggalan 2-0 semasa perlawanan baru berusia 28 minit.. Namun pemain-pemain Arsenal bangkit untuk memastikan tangga teratas liga menjadi milik mereka..

Muncullah Tomas Rosicky untuk memberikan nafas untuk Arsenal selepas berjaya menjaringkan gol seminit sebelum separuh masa pertama berakhir.. Passing Fabregas jelas tidak mahu dipersia-siakan Rosicky yang melepasi Zat Knight sebelum merembat untuk gol ketiganya musim ini dan memastikan dia masih berjaya beraksi secermelang dulu..

Gol penyamaan ini agak kontroversi apabila tackle Gallas jelas teruk sehingga menyaksikan Mark Davies mengerang kesakitan namun pengadil meneruskan permainan dengan Arshavin melorongkan bola kepada kapten pasukan sebelum Fabregas melepasi 3 pertahanan dan melepaskan rembatan melepasi Jussi Jaaskelainen pada minit ke-53.. Ini merupakan gol ke-14 Fabregas sepanjang musim ini..

Pada minit ke-65 Fabregas yang mengambil sepakan penjuru berjaya mencari Diaby sebelum dia melorongkan bola kepada Vermaelen untuk merembat kencang melepasi penjaga gol untuk memastikan Arsenal berada di atas puncak liga dan ini merupakan gol ke-6 Vermaelen dan yang pertama selepas agak lama Vermaelen gagal menjaringkan gol..

Arshavin kembali menjaringkan gol selepas kombinasi menarik di antara Fabregas dan Eduardo berjaya membantu Arshavin untuk merembat melepasi penjaga gol semasa 5 minit lagi perlawanan sebenar tamat.. Gol tersebut jelas sekali mengesahkan Arsenal berada di puncak liga.. Dan semangat juang pemain pada perlawanan ini amat dikagumi bukan sahaja Wenger tapi Atikah pasti semua fan Arsenal..

Diaby yang terpaksa dikeluarkan semasa separuh masa kedua diakui Wenger yang Diaby mengalami masalah kecederaan betis iaitu calf injury.. Wenger masih belum memastikan bilakah Diaby kembali di mana fan Arsenal pernah lihat Diaby berehat panjang akibat kecederaan ini..

Atikah harap Arsenal terus beraksi sebegini untuk mamastikan Arsenal berjaya menjulang kejuaraan liga dengan masalah kecederaan bukanlah sebab dan faktor Arsenal gagal menjulang kejuaraan liga.. Atikah yakin pemain-pemain Arsenal semakin matang dan semakin selesa menggalas tanggunjawab berat musim ini.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment