Gol bodoh & Almunia tak konsisten

Menurut Vermaelen pertahanan agak lemah sehingga membiarkan gol bodoh menerjah jaring.. Sememangnya Atikah setuju dengan Vermaelen.. Kelekaan kita menyerang membenarkan Everton membuat serangan balas disamping aksi tidak konsisten dari penjaga gol utama yang semakin dikecam peminat iaitu Manuel Almunia..

Sudah semestinya fan Arsenal terus menerus mengharapkan Almunia meneruskan aksi terbaiknya itu semasa musim 2009/2010 membuka tirainya.. Namun Almunia memulakan kempen musim baru dengan goyah apabila kepercayaan peminat kepadanya semakin luntur.. Namun fan Arsenal masih memberikannya peluang membuktikan kehebatannya walaupun Mannone memukau..
Dan Almunia pantas mengembalikan kepercayaan peminat sebaik sahaja pulih dari kecederaan.. Namun semasa melepaskan bola mudah semasa menentang Liverpool disebalik aksi cemerlangnya sepanjang perlawanan tersebut di back up Wenger apabila menegaskan yang Lucas sempat menyentuh bola tersebut..

Terutama sekali dia merupakan kapten pasukan pada perlawanan tersebut.. Sejujurnya Atikah masih mempercayai Almunia tapi pedihnya hati Atikah melihat aksinya semalam sedikit sebanyak membuatkan kepercayaan Atikah terhadap Almunia luntur.. Tapi Atikah tidak mahu salahkan Almunia tentang keputusan seri semalam..
Atikah masih berharap yang Almunia kembali berada di tahap terbaiknya sebelum tempatnya dirampas Fabianski yang semakin matang.. Dan mungkin juga Mannone akan membuat kejutan dengan merampas jersi no. 1 Arsenal.. Come on Almunia.. Anda boleh lakukan lebih baik dari ini.. So Atikah harap sangat Almunia tolonglah kembali ke prestasi asalnya..
Dan dalam masa yang sama pemain-pemain Arsenal tolonglah jangan leka walau satu saat sekali pun jika masih bercita-cita mahu menjulang trofi kejuaraan.. Dan Wenger seorang pemain bintang seperti Van Der Vaart di bawa masuk pasti akan sedikit sebanyak membantu kempen Arsenal musim ini..

Walaupun Wenger pernah mengatakan yang Wilshere mungkin x akan dipinjamkan bulan ini memandangkan masalah kecederaan, Atikah yakin Wenger masih memikirkan tentang kemungkinan itu.. Tapi buat masa ini Arsenal x boleh kehilangan sesiapa pun terutama sekali pemain yang mempunyai pengalaman dalam saingan liga..

Dalam 3 perlawanan musim lepas Simpson menjaringkan 2 gol dimana 2 perlawanan dari 3 perlawanan tersebut Simpson diturunkan sebagai pemain gantian..Tapi biar apa pun keputusan Wenger Atikah harap sangat yang peluang menjulang trofi musim ini tidak berkubur untuk menyaksikan Arsenal kemarau 5 musim tanpa sebarang trofi.. Adios!!
0 comments:
Post a Comment