16 January 2010

News sebelum ke Bolton

Pemain baru yang ditandatangani Wenger bulan ini untuk akademi Arsenal iaitu Samuel Galindo (baju hijau) dalam yuran perpindahan yang dirahsiakan dari Real Almerica disahkan Wenger akan dipinjamkan.. Galindo yang baru berusia 17 tahun merupakan pemain kelahiran Bolivia dan merupakan seorang pemain tengah..

Galindo merupakan seorang pemain berkaki kidal.. Dan Wenger membuat keputusan mencurinya sebelum Everton menandatanganinya selepas berjaya mengkagumkan Wenger semasa ujian pada bulan Disember yang lalu.. Atikah harap tidak lama lagi fan-fan Arsenal boleh lihat keupayaan pemain yang dianggap Wenger cukup berbakat dan bagus ini..

Aaron Ramsey nampaknya akan mengantikan Fabregas di tempat duduk penonton selepas mengalami kecederaan paha.. Namun staf perubatan Arsenal yakin Ramsey hanya akan berehat beberapa hari sahaja.. Sementara itu Denilson yang mengalami kecederaan rusuk selepas rebah pada masa kecederaan di Emirates minggu lepas menentang Everton disahkan akan dipinggirkan.. Namun Denilson dijangka kembali minggu depan selepas menjalani pemeriksaan hari ini..

Jack Wilshere juga disahkan masih belum cergas sepenuhnya selepas mengalami kecederaan hamstring.. Namun Wilshere disahkan Wenger akan mula menjalani latihan hari ini.. Walcott pula masih dalam keraguan bila akan kembali selepas mengalami kecederaan tulang rusuk yang pernah menyaksikannya berehat selama 2 bulan musim lepas..

Wenger memberikan berita baik untuk fan Arsenal yang merindui Clichy yang diketepikan selema hampir 3 bulan akibat kecederaan tulang belakang disahkan Wenger akan menyertai skuad ke Bolton esok.. Namun Clichy dijangka akan disenaraikan di bangku simpanan memandangkan dia berehat agak lama akibat kecederaan tersebut..

Birthday Boy kita hari ini, iaitu Nicklas Bendtner yang genap 22 tahun hari ini masih lagi akan dipinggirkan walaupun sudah mula menjalani latihan ringan selepas pembedahan hernia.. Wenger mengakui yang dia cukup terdesak untuk mengunakan khidmat Bendtner setiap minggu namun mengakui hakikatnya Bendtner hanya boleh beraksi kembali penghujung bulan ini..

Wenger menguatkan lagi dakwaan yang dia bersedia menandatangani semula lagenda dan bekas kapten Arsenal iaitu Sol Campbell selepas mengakui yang Senderos mungkin akan meninggalkan pasukan bulan ini.. Ianya bergantung kepada kehendak Senderos.. Dan Senderos sendiri semakin terdesak mahu menyelamatkan tempatnya dalam skuad Switzerland telah mengakui yang dia bersedia meninggalkan Arsenal bulan ini..

Wenger yang memuji Fabregas dan yakin Fabregas akan jadi seorang pemain tengah yang cukup sempurna jika membaiki permainannya di dalam segi tandukan dan juga kaki kiri.. Fabregas yang akan mengetuai semula pasukan menentang Bolton esok mungkin akan beraksi disisi Wenger selepas Wenger mengakui jika masalah kecederaan pemain tengahnya serius dia mungkin akan beraksi!!

Wenger sejujurnya Atikah teringin sangat nak tengok Wenger main.. Tapi kalau masalah kecederaan pemain tengah semakin serius itu bermakna keluarkan buku cek atau cash untuk beli pemain tengah begitu juga di bahagian serangan.. Harap-harap selepas semua masalah kecederaan ini membuka mata Wenger beli pemain baru untuk skuad utama.. Bukan hanya untuk skuad remaja Arsenal !! Adios!!

0 comments:

Post a Comment