30 January 2010

Wilshere sah ke Bolton

Arsene Wenger telah mengesahkan yang permata baru Arsenal berusia 18 tahun iaitu Jack Wilshere telah pun menyertai Bolton secara pinjaman sehingga tamat musim 2009/2010 untuk menambahkan lagi pengalamannya sebelum Wenger memberikan aksi lebih tetap untuknya pada musim 2010/2011 nanti..

Wenger memback up lagenda Arsenal iaitu pemain yang satu-satunya menyertai Arsenal pada bulan Januari iaitu Sol Campbell untuk menjaga Rooney semasa Arsenal menentang MU esok.. Campbell yang sebelum ini yakin dia mampu mengawal ketat Rooney dipersetujui Wenger walaupun jelas sekali Rooney agak lincah dan Campbell pula masih bergelut dengan tahap kecergasannya..

Namun disebalik keyakinanan Wenger kepada Campbell untuk mengawal Rooney, Wenger tetap mahu Vermaelen kembali semasa menentang MU walaupun agak sukar.. Wenger akan mengerah staf perubatan Arsenal untuk mencuba sedaya upaya mereka untuk memastikan Vermaelen cergas selepas staf perubatan Arsenal mengesyaki kecederaan Vermaelen hanya di lututnya..

Tapi kemungkinan untuk Vermaelen kembali esok amat tipis dengan peluangnya 20%.. Tetapi fan Arsenal dijangka kembali melihat kelibat Vermaelen semasa menentang Chelsea minggu depan.. Apa-apa pun cepat sembuh kepada Vermaelen dan selamat berjaya untuk Campbell untuk perlawanan esok.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment