10 January 2010

Fighting spirit for crucial one point

Okey Atikah sebenarnya x nak buat post match perlawanan semalam di mana pemain Arsenal berjuang habis-habisan di dalam cuaca yang sejuk untuk seri 2-2 dengan Everton.. Di mana Atikah puji semangat berjuang pemain Arsenal walaupun Everton kerap kali mendominasi perlawanan.. Bagi Atikah dengan cara kita main dan Everton main semalam, 1 mata sudah mencukupi berbanding gagal mengutip sebarang mata langsung..

Sememangnya ketiadaan Fabregas membuatkan jentera tengah hilang kreativiti terutama sekali Song juga tiada.. Diaby, Ramsey dan Denilson cuba mencipta kreativiti yang sering diberikan Fabregas namun hantaran-hantaran mereka mudah dipatahkan.. Jika ada peluang pun ianya sering kali dipersiakan.. Sememangnya pemain Arsenal masih belum bersedia kehilangan Fabregas.. Kalau dia tiada fan Arsenal pasti menyaksikan pemain Arsenal terpaksa berjuang habis-habisan untuk menang atau seri..

Okey tentang tahap kecederaan Denilson yang tiba-tiba rebah selepas Everton menjaringkan gol masih belum dipastikan.. Tapi menurut Wenger Denilson boleh berjalan.. Tetapi Atikah ada perasaan yang mengatakan kecederaan Denilson boleh tahan teruknya.. Harap-harap ianya tidak benar.. Atikah ucapkan semoga cepat sembuh untuk Denilson yang menjaringkan gol penyamaan (walaupun rembatan Denilson terkena Osman) pada separuh masa pertama..

Sementara itu Wenger menegaskan tidak akan memanggil Song pulang ke pangkuan kelab selepas bas yang dinaiki pemain togo (di mana Adebayor hampir ditembak) diserang dengan machine gun.. Seorang terbunuh dalam kejadian itu dan 5 lagi mengalami kecederaan.. Pihak jawatankuasa Premier League juga telah memberikan jaminan yang mereka akan menjaga keselematan semua pemain yang beraksi bersama kelab EPL..

Dan sebelum Atikah habiskan artikel ini Atikah amat-amat berharap Wenger akan membeli pemain yang mampu memberikan impak positif.. Kerana sememangnya Arsenal masih tempang terutama sekali dari sudut kreativiti untuk mencipta peluang.. Dan juga apabila peluang tiba pemain Arsenal mempersiakannya.. Harap-harap Wenger tahu cara untuk menanganinya.. Adios!!

P/S : MU awal pagi tadi seri dengan Birmingham.. So thanks Birmingham kerana masih memastikan Arsenal berada di landasan tepat untuk merebut kejuaraan liga musim ini..

1 comments:

JeJai said...

mereka bermain dalam kesejukan..urat saraf smua duk beku. tu yg x perform mlm td. huhu

10.1.10

Post a Comment