22 January 2010

Gibbs terpaksa berehat panjang !!

Fan Arsenal dikejutkan disebalik kebanggaan melihat Arsenal berada di puncak liga selepas Kieran Gibbs yang dijangka kembali pada bulan Mac terpaksa sekali lagi menjalani latihan selepas tulang metatarsalnya gagal pulih selepas pembedahan pertama.. Gibbs akan dibedah di London hari ini untuk menampal tulang metatarsalnya..

Ini bermakna Gibbs akan diketepikan sepanjang musim ini selepas proses pemulihan dari pembedahan ini dijangka memakan masa sehingga 5 bulan!! Apa-apa pun Atikah berharap pembedahan kali kedua ini berjaya dan semoga Gibbs cepat sembuh memandangkan Atikah sudah rindu akan aksinya di atas padang..

Bacary Sagna pula terpaksa direhatkan pada kempen Piala FA hari ahad ini selepas mengalami kecederaan bahu.. Menurut Wenger Sagna hanya perlu berehat dan ini mungkin bermaksud Sagna akan kembali semasa menentang Aston Villa minggu depan.. Namun Sagna masih ada peluang untuk beraksi hari ahad ini jika berjaya cergas..

Abou Diaby yang mengalami kecederaan betis disahkan akan diketepikan pada perlawanan menentang Stoke tetapi dijangka kembali semasa Arsenal menentang Aston Villa atau pun Manchester United.. Namun ianya semua bergantung dengan keputusan hasil imbasan hari jumaat ( waktu london )..

Sementara itu fan Arsenal mempunyai peluang untuk melihat aksi Campbell bersama skuad utama buat pertama kalinya sejak meninggalkan Arsenal pada tahun 2006 selepas Wenger bersedia memberi peluang untuk Campbell beraksi pada perlawanan menentang Stoke hari ahad ini jika berjaya meningkatkan tahap kecergasannya..

Alan Wiley melegakan kem Arsenal selepas membantu Arsenal mengelakkan kehilangan Gallas selama 3 perlawanan selepas menerjah keras pemain Bolton.. Wiley berkata kepada FA England yang dia nampak Gallas melakukan terjahan tersebut tapi x sangka impak tackle tersebut agak keras untuk Mark Davies.. Jadi fan Arsenal boleh menarik nafas lega selepas Gallas disahkan tidak akan digantung 3 perlawanan..

Okey tentang khabar angin yang mengatakan Chris Smalling iaitu pertahanan England berusia 20 tahun semakin hampir ke Arsenal selepas dilaporkan Wenger menawarkan yuran perpindahan sebanyak 7 juta pound kepada Fulham untuk khidmatnya.. Namun selepas Atikah mengarahkan spy Atikah menyelidik tentang perkara ini ianya tidak lain dan tidak bukan hanya khabar angin..

Roy Hodgson menegaskan yang tiada tawaran yang dia terima untuk pemain pertahanannya itu buat masa ini.. Berbanding sebelum ini dimakna Hodgson mengakui Wenger menghubunginya untuk mendapatkan Hangeland sebelum dia menolak tawaran Wenger tersebut.. Jadi buat masa ini tiada sebarang tawaran yang Wenger buat untuk mendapatkan Chris Smalling.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment