Wenger takutkan fan

Melanie menganggap tindakan Walcott membeli kereta tersebut seperti menunjuk-nunjuk.. Dan Melanie si ulat buku ini kembali dengan kereta lama yang dibeli Walcott 3 tahun lalu.. Dan ini bermakna Walcott membawa kereta ferrari tersebut.. Atikah terfikir adakah bila Walcott cergas nanti dia akan ke padang latihan dengan kereta tersebut??
Tetapi sejujurnya Atikah respect dengan Melanie yang pentingkan kesederhanaan.. Dan inilah sebenarnya sifat pemain mahupun kekasih pemain Arsenal.. Atikah harap pemain-pemain Arsenal tidak terlalu menunjukkan kekayaan mereka seperti pemain MU lakukan.. Biar bersederhana.. Pentingkan kekayaan di atas padang dari segi persembahan!!

Denilson percaya dia mampu cergas hujung minggu ini sewaktu Arsenal membuat kunjungan ke Bolton di mana Fabregas, Clichy dan Walcott berkemungkinan kembali cergas.. Tetapi hasil keputusan x-ray yang akan menjawab segala-galanya.. Jika kecederaannya serius Denilson mungkin terpaksa berehat panjang..

Namun Wenger menegaskan walaupun Arsenal memenangi sesuatu musim ini ianya bukan bermaksud yang dia akan kekal bersama Arsenal.. Namun Wenger mahukan pemain Arsenal tolong berikan jawapan sama ada dia masih perlu kekal atau tidak.. Wenger dipercayai memberikan tempoh selama 18 bulan untuk pemain-pemainnya..
Wenger menegaskan jika dia puas hati dengan pemain-pemainnya dia berjanji akan kekal menjadi pengurus Arsenal buat selama-lamanya (mungkin sehingga bersara).. Atikah yakin pemain Arsenal jauh lebih tidak sanggup menyaksikan Wenger pergi berbanding fan Arsenal.. Jadi Atikah harap Wenger puas hati dengan aksi mereka sehingga memastikan dia menandatangani kontrak jangka masa panjang.. Adios!!
0 comments:
Post a Comment