Pre Match : Arsenal vs Stoke City
Arsenal akan bertandang ke Stoke dalam saingan Piala FA dengan Wenger menegaskan dia akan merehatkan beberapa tonggak utama memandangkan Arsenal mempunyai perlawanan yang mencabar selepas menentang Stoke City.. Dengan Campbell dijangka membuat pernampilan pertamanya bersama Arsenal sejak tahun 2006..Sejujurnya Atikah x dapat menjangka barisan kesebelasan utama Arsenal pada perlawanan ini.. Tapi Atikah yakin Fabregas akan berada di bangku simpanan memandangkan Fabregas merupakan pemain yang cukup penting buat Arsenal selepas Robin Van Persie.. Tapi apa yang pasti Fabianski akan berada di gawang Arsenal malam ini..
Atikah menjangkakan Wenger akan merehatkan Clichy walaupun baru kembali dalam pasukan untuk memberikan peluang untuk Armand Traore yang masih perlu belajar banyak perkara lagi.. Campbell pula mungkin akan bergandingan dengan Silvestre di bahagian tengah pertahanan Arsenal dengan Senderos akan diketepikan sekali lagi..
Sementara itu siapa yang akan berada di bek kanan Arsenal malam ini?? Sagna pasti direhatkan selepas mengalami kecederaan bahu.. Dengan Kerrea Gilbert yang sering berada di posisi itu kini sedang dipinjamkan ditambah pula dengan Emmanuel Eboue masih di Angola sudah semestinya Wenger akan menurunkan pemain skuad simpanan untuk posisi tersebut..
Luke Ayling merupakan calon sesuai untuk mengisi kekosongan tersebut.. Ayling yang akan berusia 19 tahun Ogos ini mampu beraksi sebagai centre back, bek kanan mahupun mana-mana posisi di bahagian tengah.. Diakui sebagai pemain yang rajin membantu bahagian serangan dengan hantaran-hantaran yang cantik..
Namun Atikah agak ragu-ragu untuk mengesahkan dia akan beraksi memandangkan dia tidak tersenarai dalam skuad simpanan Arsenal sepanjang musim ini walaupun beraksi cemerlang bersama skuad U-18 musim lalu.. Atikah x pasti jika dia mengalami kecederaan atau tidak.. Tapi sejujurnya Ayling memang sesuai mengisi kekosongan tersebut..
Di bahagian tengah pula Atikah yakin Eastmond akan beraksi pada malam ini dengan Wilshere juga sudah semestinya akan diturunkan.. Sementara Merida pula Atikah x pasti memandangkan sebelum ini dia mengalami kecederaan buku lali.. Tapi jika dia berjaya cergas tidak ragu-ragu lagi Merida akan diturunkan..
Vela dan Walcott juga pasti akan beraksi malam ini.. Mungkin juga Wenger akan menyenaraikan Sanchez Watt jika mahu merehatkan Eduardo dan juga Arshavin.. Atikah terfikir adakah Wenger akan menurunkan Nacer Barazite malam ini jika pemain tengah tidak mencukupi dengan Wenger mahu merehatkan Fabregas, Denilson dan juga Rosicky..
Sejujurnya Atikah harap Wenger rehatkan kesemua tonggak utama Arsenal memandangkan kita tidak boleh menerima apa-apa kecederaan pemain lagi memandangkan aksi liga semakin mencabar dan banyak perlawanan penting yang Arsenal perlu menang.. Sudah semestinya kita tidak boleh merisikokan tahap kecergasan tongak-tonggak utama Arsenal..
Atikah yakin pemain-pemain skuad simpanan Arsenal bersedia untuk mengalas tugas dalam kempen Piala FA selepas saingan Piala Liga dengan bantuan daripada Silvestre yang cukup berpengalaman.. Dengan Campbell kembali ianya semakin menyenangkan Wenger memandangkan Campbell boleh dipercayai untuk mendidik pemain-pemain muda ini..
Atikah harap sangat yang Wenger rehatkan semua tonggak utama Arsenal pada perlawanan ini dengan menurunkan beberapa pemain skuad simpanan yang semakin meningkat naik.. Sememangnya masalah kecederaan Arsenal musim ini tidak memberikan sebarang cara untuk Arsenal mengelakkan dari menurunkan beberapa pemain skuad simpanan.. Adios!!
P/S : Malam ini siaran langsung di Astro ESPN pada pukul 9 malam..
0 comments:
Post a Comment