Kecederaan misteri Denilson

Tetapi selepas tamat perlawanan.. Wenger mengesahkan yang Denilson mampu berjalan dengan baik sekali.. Ada dua kemungkinan kecederaan Denilson.. Masalah otot ataupun mungkin juga tulang rusuknya patah dan juga mungkin masalah paru-paru.. Jika salah satu tekaan ini betul ini bermakna Denilson akan berehat panjang terutama sekali kalau tulang rusuknya patah..
Namun jika Denilson mengalami masalah dengan paru-parunya ianya mungkin pengakhiran karier bola sepak untuk Denilson.. Atikah akan terus menghubungi staf perubatan Arsenal untuk berita terkini tentang tahap kecederaan Denilson.. Atikah harap kecederaannya tidak teruk memandangkan Denilson kini beraksi di tahap terbaiknya.. Dan kehilangannya pasti akan memberikan tamparan hebat dalam kem Arsenal..

Walaupun Eastmond atau rakan-rakannya di skuad simpanan mampu membantu, tapi apabila beraksi perlawanan yang x kurang hebat tekanannya sudah semestinya mereka gagal beraksi seperti yang mereka pamerkan dalam kempen Piala Carling, semasa perlawanan persahabatan dan juga semasa diturunkan mengantikan pemain skuad utama dalam saingan liga..

Tapi adakah Wenger mahu membeli Van Der Vaart?? Adakah tawaran sekitar 10 juta euro kepada Real Madrid sudah cukup untuk membuatkan mereka melepaskan Van Der Vaart?? Tapi sememangnya pembelian Van Der Vaart pada musim perpindahan ini mampu membantu kempen kejuaraan liga Arsenal musim ini.. Tapi apa yang mengecewakan ialah Van Der Vaart x boleh beraksi dalam Champions League..
Atikah harap Wenger benar-benar memikirkan segala option pemain yang mampu membantu Arsenal musim ini.. Atikah amat-amat berharap yang Wenger akan membeli pemain baru musim perpindahan ini.. Lebih kurang 22 hari lagi pintu perpindahan dibuka.. Pejam celik pejam celik tup-tup dah masuk bulan Februari..
So Atikah harap Wenger buat keputusan secepat yang mungkin dalam urusan perpindahan pemain untuk memastikan Arsenal terus memberikan cabaran dalam kejuaraan liga dan juga menjulang sekurang-kurangnya satu piala musim ini.. Adios!! In Wenger We Trust!!
0 comments:
Post a Comment