14 January 2010

News From North London

Atikah mulakan berita terkini dari North London dengan Sol Campbell.. Nampaknya Campbell semakin hampir menyertai Arsenal selepas jurulatih skuad simpanan Arsenal Neil Banfield sedang berkira-kira memberikan peluang untuk Campbell beraksi pada perlawanan seterusnya di dalam kempen skuad simpanan Arsenal..

Semalam laman web rasmi Arsenal telah mengesahkan yang Rhys Murphy telah menandatangani kontrak jangka masa panjang bersama Arsenal selepas menampilkan aksi memukau bersama skuad simpanan Arsenal musim ini sehingga Brentford tertarik untuk meminjam Murphy..

Sedikit fakta tentang Murphy merupakan warganegara England dan lahir pada 6 November 1990.. Murphy diakui staf-staf skuad simpanan Arsenal sebagai pemain yang dianugerahkan bakat yang besar dan mungkin juga merupakan prospek penyerang masa depan Arsenal..

Dan Eastmond juga disahkan baru sahaja menandatangani kontrak jangka masa panjang bersama Arsenal setelah menampilkan aksi menarik sepanjang musim ini baik di dalam skuad simpanan mahupun semasa mewakil skuad utama.. Setakat ini Eastmond telah menjaringkan 2 gol sepanjang aksinya bersama skuad simpanan Arsenal..

Eastmond yang akan berusia 20 tahun pada Disember ini dari pandangan Atikah mempunyai masa depan yang baik bersama Arsenal setelah menampilkan aksi memukau dalam debutnya bersama skuad utama semasa menentang Liverpool.. Atikah harapkan dengan kontrak baru ini Eastmond akan lebih cemerlang dan x mustahil akan lebih kerap beraksi bersama skuad utama Arsenal selepas ini..

Wenger mengesahkan yang Fabregas akan mengetuai Arsenal semasa berkunjung ke Bolton hari ahad ini selepas hasil kerja keras Fabregas yang menyifatkan dia cukup benci berada di tepi padang berbaloi.. Fabregas disahkan pulih sepenuhnya dari kecederaan hamstring dan sudah pun cergas sepenuhnya..

Clichy pula akan menjalani ujian kecergasan sebelum perlawanan menentang Bolton hujung minggu ini selepas kembali menjalani latihan selepas pulih dari kecederaan belakang yang memaksanya berehat hampir 3 bulan.. Tetapi apa yang pasti Clichy akan beraksi semasa menentang Bolton di tempat sendiri pada hari rabu (waktu London) minggu depan..

Denilson pula dijangka akan terlepas aksi menentang Bolton berturut-turut selepas mengalami kecederaan abdominal muscle problem.. Namun staf perubatan Arsenal akan menjalankan ujian esok untuk melihat sama ada dia akan beraksi hari ahad ini ataupun tidak.. Tapi apa yang pasti Denilson akan kembali semasa menentang Stoke dalam kempen Piala FA..

Bendtner pula dijangka kembali pada penghujung bulan ini walaupun sudah pun menjalani latihan ringan.. Atikah menjangkakan Bendtner akan kembali disenaraikan semasa menentang MU atau mungkin semasa menentang Chelsea.. Sememangnya Atikah sudah tidak sabar untuk menanti kepulangan pemain terbaik tahunan Denmark ini.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment