Why I Back Up Fabianski
Okey Atikah sebenarnya x puas hati bila ada pengunjung blog nie postkan komen pasal Atikah x dapat terima kenyataan Fabianski main teruk semalam.. Atikah nak tegaskan walaupun dia pemain kesukaan Atikah selepas Fabregas tetapi Atikah x akan pernah back up dia jika dia main teruk semasa dia sepatutnya dah belajar dari kesilapan tersebut..Atikah nak anda pilih.. Fabianski buat kesilapan bodoh waktu ini ataupun semasa Arsenal betul-betul perlukan khidmatnya?? Dia perlu belajar dari sekarang atau bila Almunia bersara kelak?? Kita perlu tahu yang Fabianski masih muda dan masih perlu belajar banyak benda lagi sebelum boleh menunjukkan potensi sebenarnya..
Sekurang-kurangnya dia beraksi sebaik yang mungkin selepas menerima kerjasama yang 'cukup baik' dari barisan pertahanan.. Dan kesemua gol yang dia lepaskan ialah hasil hantaran lintang di mana pertahanan patut lebih tahu cara untuk mengeluarkan bola tersebut.. Gol-gol yang dilepaskan Fabianski semalam tidak sepatutnya dipersalahkan 100% kepada Fabianski..
Terutama gol ketiga perlawanan di mana Silvestre mampu mengeluarkan bola tersebut tapi dia tidak melakukannya dan menyebabkan Fabianski tidak mendapat kerjasama yang bagus dari pertahanan dan dia hanya mampu melihat pemain Stoke menjaringkan gol tersebut di mana tiada cara sesuai untuk dia menyelamatkan bola tersebut..
Gol pertama perlawanan Atikah akui ianya salah Fabianski yang tidak pantas dan betul-betul mahukan bola tersebut sebelum berjaya ditanduk Fuller.. Gol kedua pula Fabianski sekali lagi tidak mendapat kerjasama pemain pertahanan untuk mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya..
Kita perlu ingat Almunia juga agak lemah dalam menyelamatkan cubaan dari percubaan hantaran lintang.. Namun selepas sering diserang dengan cara begitu ianya membuatkan Almunia semakin matang untuk menyelamatkan bola tersebut.. Sekurang-kurangnya Fabianski belajar pada perlawanan tersebut dengan menumbuk bola keluar beberapa kali..
Sememangnya kita x boleh nak salahkan Fabianski atas kekalahan ini selepas secara teori dan faktanya Arsenal memang cukup lemah bertahan untuk hantaran lintang sejak beberapa musim dulu lagi.. Itulah fakta yang patut kita akui sebelum terus menyalahkan Fabianski atas prestasi yang kurang memuaskan semalam..
Bagilah ruang dan masa untuk Fabianski belajar.. Kerana masa-masa inilah lebih baik fan Arsenal bersabar dalam proses pembelajarannya berbanding dia belajar semasa prestasi terbaiknya amat-amat ditagih Arsenal.. Lagi satu yang Atikah x puas hati ialah setiap kali ada percubaan merbahaya Fabianski selamatkan tiada seorang pun kisah..
Tapi kalau dia buat kesilapan sekecil kuman sekali pun cukup pantas betul untuk anda hebohkan dan langsung x kira dah kehebatannya sebelum kesilapan tersebut.. Dan benda itulah yang akan anda ingat selama-lamanya berbanding prestasi terbaiknya.. Kita perlu ingat kita ini manusia dan tiada manusia dalam dunia ini yang perfect.. Inilah sifat masyarakat kita.. Suka mencari kesilapan orang dan bercakap tanpa berfikir dan ada sebab yang kukuh..
Atikah x nak bahaskan lagi pasal benda ini.. Sebab apa yang Atikah nak tegaskan Atikah dah ceritakan.. Memandangkan anda semua lebih banyak makan garam dari Atikah so Atikah rasa anda semua tahu apa yang mahu disampaikan Atikah dan mengapa Atikah back up Fabianski.. Ingat lihat segi positif bukannya negatif!! Adios!!
P/S : Arsenal Ladies semalam kalahkan Chelsea Ladies 2-1.. Untuk post match sila ke blog Arsenal Ladies..
10 comments:
dah jangka dah jawapan atikah...nak salahkan pertahan ke?? takkan takde instinct sbg keeper?? dah berapa kali dah belajar dari kesilapan?? kalau fabianski maen macam malam tadi aku pun boleh jadi gol keeper...pakai kain pelikat lagi bagusss....itulah dia jawapan atikah mengenai pemain paling disayanginya...yg salah adalah pertahanan...zzz.....
25.1.10malunye jadi fabianski...labih baik manonne yg main..xmenggelabah puyoh punye...loan kan aje fabianski tu...
25.1.10jahanam fabianski, jual jela keeper xguna tu
25.1.10menulis kena berilmu
25.1.10Kenapa kita gaduh.
25.1.10why dont kita semua bersatu.
mesti ada sebab wenger turunkan Fabianski.
lagi pon memng wenger ta target apa CUP.
sebab CUP slalunye untuk pendedahan skuad2 muda beliau. Bukan begitu atikah?
Hurm, ta kesah ape2 jadi,
In wenger we trust~
fabianski mmg ptt dipersalahkan
26.1.10mintak maaf sbb first gol mmg aku xleh terima
die bole dikatakan byk maen game yg penting2
contoh lwn liverpool last season,igt x gol torres?
lwn chelsea,man u.ptt kat situ die da bole belajar sesuatu
almunia dlu pon cmtu gak
smlm mmg aku frust ngn dia
beza ngn mannone,dia tau die mmg jrg dpt main
sbb 2 bile die turun,die perform all out
cm game lwn fulham,mmg aku tabik n lyk jd man of the match.
fabianski ialah penjaga gol kedua poland
cmne nie??
xkn international keeper bole wat silap??
da byk game die wat salah
klau camnie,bek loan kn die kt kelab lain xpon
bg mannone keeper ke-2 arsenal.
pape pon harap2 epl ngn ucl wenger tumpukan btol2..
atikah,sebelum sy menulis, sy nak mintak maap kalau ianya mengguris hati atikah..
26.1.10Fabianski dh byk dpt peluang cthnye mcm season lepas..xkan xblajar lagi kot.Yg paling penting bg keeper ialah composure.atau ketenangan.fabianski masih tak dapat kawal ketenangannya sedangkan ketenangan adalah paling utama bg sorang golkeeper.Dan jika seorang golkeeper tak mampu bertenang dlm apa keadaan, yakni pertahanan akan turut goyah kerana tiada komunikasi dan kepercayaan antara satu sama lain. Sy dapat lihat kekecewaan traore apabila arsenal melepaskan gol kedua. Kenapa kecewa?fabianski tiada komunikasi dan traore pula tiada kepercayaan. sy tau yg fabianski masih muda dan byk ruang utk blajar tp jika masih tak meyakinkan tak mustahil manonne akan ambil tempatnya.
berbeza dgn almunia walaupun dia tak berapa bagus tp keyakinannya tggi. and itu yg buat defender trust pada die.
Apapun, 2 CB smalam nampak pancit hujung game,maybe salah satu faktor kalah kot.Dan harapan saya, fabianski perlu belajar bertenang dan buat decision making yang bagus..Jgn jadi spt walcott yg semakin pudar skang nih...
salam
fabianski bagus pd masa2nya, dia x konsisten.. dgn pengalaman yg ada, dgn status pnjaga gol kedua arsenal dan poland x sepatutnya dia memberikan aksi sebegitu.. keeper mana yg x memboloskan bola, mmg almuniapun ada buat silap, dtglah g.buffon ke, shay given ke, v.valdes ke, iker casillas ke kalu nak kalah kalah jgkkan tp jgn la smpai nampak mcm 1st time jd keeper..keeper kedua ni lebih kurang jer sebenarnya dgn keeper utama jd x sepatutnya berlaku perkara ni terhadap fabianski..dgn title dan pengalaman yg dimiliki amat x sesuai bg nya memberikan aksi begini..hrp fabianski lebih perform pasni..kerana..
26.1.10jika masa,ruang dan pengalaman diberikan sama rata antara fabianski dan mannone, rasanya mannone lebih berhak utk jd 2nd goalkeeper arsenal..
bukan aper bro, atikah ni selalu backing si fabianski walaupun mamat tu maen macam taik...bercakap benarla dan berfakta...u tu blogger arsenal...taula player kesayangan utama atikah..tp jgn mara ek atikah..
27.1.10biaq kt atikah arr nk backup spa p0n..
20.2.10yg k0rng nk kritik fbianski npa??
p la ktuk kt dpn2 fbianski trus kn sng..
x yah d0k kritik lm web ney..
web ney bkn nt0k kritik..
Post a Comment