12 January 2010

Masa depan Merida dalam keraguan

Wenger memberikan kejutan kepada Atikah tentang kes Merida semasa hati Atikah melonjak keriangan baru beli gitar semalam dan baru pergi apply nak masuk kelas muzik belajar main gitar.. Nak tahu apa?? Apa yang pasti ini berkaitan masa depan Fran Merida dalam skuad Arsenal..

Fran Merida atau nama penuhnya Francisco Merida Perez yang dilahirkan di Barcelona, Spain di bawa Arsenal dari akademi remaja Barcelona pada tahun 2007 secara kontroversi selepas ejennya yang juga ejen Fabregas melarikan Merida ke Arsenal sebaik sahaja Fabregas mula mengukir nama di North London.. Kontrak Merida akan berakhir pada Ogos 2011..

Wenger mengakui Merida mungkin akan meninggalkan Arsenal selepas Arsenal dan Merida gagal mencapai kata persetujuan walaupun Merida jelas mahu kekal di mana Merida menelefon Atikah beberapa jam sebelum kenyataan Wenger ini yang dia tidak akan ke mana-mana buat masa sekarang ini..

Sekarang ini dia dan ejennya sedang menjalankan perbincangan mengenai kontrak lanjutan di Emirates.. Atikah harap Arsenal berjaya mencapai kata persetujuan dengan Merida untuk terus mengekalkan Merida di Arsenal walaupun Merida gagal menunjukkan aksi terbaiknya akhir-akhir ini..

Cesc Fabregas terus-menerus menunjukkan komitmennya bersama Arsenal walaupun bebagai-bagai khabar angin mempersoalkan masa depannya di Arsenal.. Fabregas yang dibantu pembantu phyisiotherapi Colin Lewin iaitu David Wales bekerja keras mengembalikan tahap kecergasannya selepas megalami kecederaan hamstring berulang..

Fabregas sanggup berlatih di cuaca sejuk di padang latihan Arsenal berseorangnya sambil diperhatikan David Wales untuk memastikan dia kembali mengetuai Arsenal dalam pemburuan kejuaraan liga semasa berkunjung ke Bolton hujung minggu ini.. Dan Fabregas juga yakin dia akan kembali beraksi hujung minggu ini..

"My hamstring feels 100 per cent now.. There is no point rushing it and Bolton away is a reasonable target for me.. The snow may have disrupted the football, but it hasn't interrupted my rehab.. I was running in the snow with physio David Wales and I wish someone was there to take a photo.."

"Everything was white, it was an unbelievable scene, just two of us in the middle of four pitches.. It was a nice experience, but also hard work, so hopefully it'll pay off.." Atikah harap Fabregas berjaya mengembalikan kecergasannya untuk memastikan Arsenal terus menerus mencabar kejuaraan liga.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment