Campbell berharap dia tidak pernah tinggalkan Arsenal
Campbell menguatkan lagi khabar angin tentang kembalinya Campbell bersama Arsenal selepas meninggalkan Arsenal pada tahun 2006 untuk menyertai Portsmouth selepas perpindahan kontroversinya dari musuh ketat Arsenal Tottenham pada tahun 2001 sebagai ejen bebas walaupun sebelum itu pernah menyuarkan pendiriannya yang dia tidak akan sesekali menyertai Arsenal..Namun seperti satu sumpahan untuk semua pemain yang berbakat, hebat dan disayangi peminat setiap kali meninggalkan Arsenal.. Mereka akan menyedari mereka membuat pilihan yang salah dengan meninggalkan Arsenal dan gagal mencapai kejayaan dan beraksi secermelang semasa bersama Arsenal.. Dan ianya diakui sendiri oleh Campbell..
Campbell mengakui jika dia boleh kembali ke masa lalu hanya satu benda sahaja yang akan dilakukannya iaitu dia berharap dia tidak pernah meninggalkan Arsenal.. "Yes [I wish I had never left].. Sometimes when you go away you realise what a top club Arsenal is.. Slowly but surely everyone moves on but sometimes you move away and you re-think things.."
"Things happen for whatever reason and here I am.. You have to apply yourself and I have worked so hard to get to this situation.. The physios, fitness staff, everyone at Arsenal have worked wonders with me, and it feels like coming home really.."
Dan Campbell juga mengakui jika segala perbincangan berjalan lancar tiada masalah untuknya menyertai kembali Arsenal.. "I think Arsène Wenger is now looking at a little bit of experience to push the lads through.. But the main thing is if everything goes well with the contract negotiations, every time I play and get the chance, I want to show what I can do.."
Cambell juga mengakui yang jika dia berjaya menjadi pemain Arsenal kembali, ianya bagaikan mimpi jadi kenyataan.. Dan Campbell juga mengakui yang dia langsung tidak merasa pelik apabila menyarung kembali jersi Gunners bersama skuad simpanan selepas hampir 4 tahun meninggalkan Arsenal.. Dan dia juga berkerja keras untuk menunjukkan kepada Wenger yang dia masih mampu beraksi secermelang dulu..
Dan Campbell juga berjanji akan membalas kepercayaan Wenger jika segala perjanjian berjalan lancar setiap kali dia diturunkan beraksi.. Dan dia juga percaya dia mampu memberikan pengalaman berguna kepada pemain-pemain muda Arsenal.. Dan juga dia percaya kehadirannya mampu untuk menguatkan lagi pasukan untuk mencabar Chelsea dengan segala pengalamannya..
Kyle Bartley iaitu ketua pasukan skuad simpanan Arsenal berusia 19 tahun ini bergandingan dengan Campbell dalam kemunculan semula lagenda Arsenal itu bersama Arsenal.. Sepanjang gandingan mereka selama 45 minit West Ham berdepan kesukaran untuk menjaringkan gol sebelum Campbell dikeluarkan sebaik sahaja dia dibawa keluar..
Campbell sebenarnya seorang hero Bartley dan mengakui yang sepanjang tempoh latihan Campbell bersama Arsenal banyak ilmu yang diturunkan pemain lagenda Arsenal ini untuk kesemua pemain Arsenal.. Atikah yakin jika Campbell kembali bersama Arsenal Atikah yakin Campbell mampu menambahkan lagi senarai pemain berpengalaman Arsenal dan juga mendidik pemain-pemain muda Arsenal supaya menjadi lebih dewasa..
Sememangnya kembalinya Campbell bersama Arsenal amat dialu-alukan semua gunners fan.. Dan tidak dapat dinafikan Campbell masih mampu beraksi cemerlang walaupun sudah berusia 35 tahun.. Dan dengan kembalinya Campbell nanti selepas segala rundingan berjalan lancar Atikah percaya yang Senderos semakin menuju jalan keluar.. Adios!!
0 comments:
Post a Comment