Berita terkini
Arsenal berdepan misi sukar untuk menolak tawaran kepada kapten fantastiko iaitu Cesc Fabregas apabila Florentino Perez dilaporkan bersedia membuat tawaran bernilai 43 juta pound dan Gonzalo Higuain melebihi harga yang ditetapkan pengurusan Arsenal untuk Fabregas.. Dan Barcelona pula menyediakan cek bernilai 40 juta pound bersama Yaya Toure..Tetapi Atikah minta anda semua bertenang kerana Atikah yakin Wenger sama sekali tidak akan menjual Fabregas terutama sekali pada pertengaham musim di mana Wenger telah pun berjanji kepada fan Arsenal yang musim ini akan ada sekurang-kurangnya satu piala akan ke Emirates Stadium..
Dan dengan Fabregas telah pun mengesahkan situasinya iaitu dia gembira di London dan bersama Arsenal dan meluahkan hasratnya yang mungkin ianya tidak mustahil yang dia akan bersama Arsenal sehingga dia bersara kelak.. So dengan polisi Wenger yang selama ini tidak pernah menjual pemain utama pada pertengahan musim so tidak mustahil tawaran lumayan dari Real dan Barca ditolak bulat-bulat..
Dan tidak mustahil juga jika pengurusan Arsenal berasa tercabar dengan tawaran gaji lumayan mereka kepada Fabregas.. Pengurusan Arsenal mungkin akan mempercepatkan perbincangan lanjutan kontrak dengan Fabregas di mana Fabregas mungkin akan ditawarkan gaji bernilai 100 ribu pound seminggu walaupun kontraknya hanya tamat pada tahun 2012..
Dan Ivan Gazidis juga awal-awal lagi dah mengesahkan yang Fabregas sememangnya mahu kekal di Arsenal dan cukup komited dengan Arsenal.. So Fabregas tidak akan kemana-mana buat masa ini.. Dan Gazidis juga memaklumkan Atikah yang pihak pengurusan Arsenal semakin hampir melanjutkan kontrak Wenger dan Stan Kroenke tidak berhasrat mengambil alih kelab buat masa ini..
Tomas Rosicky yang baru menandatangani kontrak lanjutan bersama Arsenal baru-baru ini disahkan Wenger akan beraksi semasa menentang Everton esok di Emirates Stadium selepas diketepikan semasa menentang West Ham hujung minggu lalu kerana mengalami masalah kecederaan groin.. Clichy pula dijangka kembali berlatih dalam masa terdekat ini..
Namun Fabregas yang dijangka akan beraksi pada perlawanan esok mungkin terpaksa melupakannya apabila staf perubatan Arsenal menegaskan yang Fabregas akan kembali beraksi pada perlawanan menentang Bolton minggu depan.. Dan Bendtner juga akan menjalani ujian kecergasan hari jumaat waktu London untuk memastikan bila dia akan kembali beraksi walaupun dah kembali menjalani latihan ringan bersama pasukan..
Fan Arsenal mungkin akan kembali melihat Sol Campbell kembali beraksi bersama Arsenal apabila Senderos dilaporkan semakin hampir meninggalkan Emirates Stadium memandangkan Everton, Blackburn dan Bayern Munich masih mahukan khidmatnya.. Jika Senderos pergi ini bermakna Campbell akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Senderos..
Dan tentang khabar angin tentang ejen Mauro Zarate sedang berbincang dengan Arsenal.. Atikah rasa ianya tidak akan berlaku memandangkan Wenger dan Ivan Gazidis menegaskan yang Arsenal tidak akan berbelanja besar musim perpindahan ini dan tidak akan memecahkan rekod perpindahan pasukan buat masa ini.. Dan lebih-lebih lagi Lazio meletakkan harga setinggi 40 juta euro untuk Zarate.. Adios!!
2 comments:
Jgn risau semua, ni semua khabar angin je. Menipu je semua ni. Jgn pecaya, 100% tipu ni.
8.1.10Dua pekara je yg betol2 dah sure:
1.Arsenal akan dpt SEORANG player baru
2.Sanderos MUNGKIN akan berhijrah
Itu je. yang lain semua mengarut. Buang masa je bace. Kalo xpecaya kita tunggu sampai habis januari ni.
Fabregas kuar Arsenal januari ni memang TAK AKAN berlaku. Even Barcelona tawarkan 100juta pound ngan Messi sekali pon Wenger takkan lepaskan fabregas. Pecayalah
Yup btol tu.. AW ckp, dia ada perancangan jangka panjang.. dan takkan sesekali membiarkan Fabregas pergi.. tentang re-signing Sol Campbell tu, dia tak pernah terfikir pun.. selebihnya, dia menolak spekulasi perpindahan yang mengaitkan Arsenal dgn Charlton Cole.. tu yg AW ckp la.. Dia tak hebohkan sape player yg dia nak ada sbb.. Sbbnya Alex Ferguson akan gunakan proxy utk mencantas impian AW..
9.1.10Post a Comment