23 January 2010

Berita terkini dari North London

Arsene Wenger mengesahkan yang perbincangan kontrak lanjutan untuk William Gallas berjalan dengan lancar.. Namun Wenger menegaskan dia mahu perbincangan tersebut berjalan dengan rahsia.. Namun Wenger berjanji jika ada sebarang masalah dalam perbincangan itu Wenger akan beritahu.. Wenger juga mengesahkan dia bersama staf-staf perubatan Arsenal sedang menyiasat secara terperinci tentang faktor-faktor ramai pemain Arsenal mengalami kecederaan musim ini..

Selepas Atikah informkan anda semua tentang Roy Hodgson yang menegaskan tiada sebarang tawaran untuk pemain pertahanannya iaitu Chris Smalling Wenger pula menegaskan yang khabar angin tentang kesediaannya menawarkan 7 juta pound untuk Smalling tidak benar sama sekali.. Namun Wenger mengakui mungkin pada masa hadapan ianya akan berlaku..

Senderos pula diberikan kata dua oleh Wenger apabila menegaskan Celtic merupakan destinasi yang sesuai untuknya.. Wenger mengakui kehadiran Campbell adalah kerana dia mahu memberikan peluang untuk Senderos meninggalkan pasukan selepas gagal beraksi secara tetap dalam pasukan utama Arsenal setelah Gallas dan Vermaelen bergandingan dengan baik..

Wenger mengakui dia cukup gembira dengan perkembangan terkini Nicklas Bendtner selepas melihat Bendtner berlatih semalam.. Bendtner yang dijangka akan kembali beraksi semasa menentang Aston Villa minggu depan dijangkakan Wenger akan menyelesaikan masalah jentera serangan Arsenal..

Dengan kembali semula Bendtner.. Dengan aksi Eduardo semakin hebat dari satu perlawanan ke satu perlawanan walaupun tidak menjaringkan gol.. Wenger membuat keputusan yang mengecewakan peminat apabila mengesahkan yang dia tidak akan membeli penyerang buat masa ini memandangkan agak sukar untuk mencari penyerang yang boleh beraksi dalam Champions League, sesuai dengan Arsenal dan harga yang berpatutan..

Wojciech Szczesny disahkan akan kekal di Brentford sehingga penghujung bulan Januari ini selepas beraksi memukau dalam tempoh pinjamannya.. Dalam 7 perlawanan Szczesny berjaya mengawal gawangnya dari dibolosi sebanyak 3 kali.. Atikah harap sepanjang tempoh pinjamannya ini Szczesny akan memperoleh pengalaman yang cukup berguna sebelum sedia sepenuhnya beraksi dalam skuad utama Arsenal..

Giliran Wenger pula mengutuk Bolton selepas Bolton mengutuk Arsenal akibat terjahan keras Gallas kepada Mark Davies di mana tackle tersebut seperti kes Eduardo patah buku lalinya.. Wenger menegaskan apa yang dilakukan Matt Taylor kepada Fabregas lebih teruk selepas Taylor didapati cuba memijak tengkuk atau muka Fabregas sebelum menarik rambut Fabregas semasa Fabregas di jatuhkan di dalam kotak penalti buat kali kedua..

Wenger juga mengakui tiada siapa boleh bagi jaminan untuk tackle lambat atau silap perhitungan x akan berlaku.. Tapi apa yang Wenger nak tegaskan ialah sikap dan cara tackle pemain Bolton terhadap Fabregas di mana 4 penalti boleh Arsenal dalam dalam 2 perlawanan!! Namun Wenger menegaskan dia x akan laporkan pada FA memandangkan dia hanya mahu tahu mengapa tackle Gallas sahaja yang mahu dihebohkan jika Fabregas jauh lebih banyak dibuli pemain Bolton.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment