18 January 2010

Dua 'Fabregas' gamamkan Bolton

Arsenal meneruskan tentangan hebat kepada Chelsea dan MU selepas berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 mengatasi Bolton yang diuruskan pengurus yang pernah menghampakan pasukan Arsenal iaitu Owen Coyle.. Kemenangan ini sudah semestinya meletakkan Arsenal sebagai pilihan untuk sekali lagi menewaskan Bolton hari khamis (waktu Malaysia) ini..

Bolton dari awal perlawanan membuatkan pertahanan Arsenal tidak senang duduk apabila sering diserang pemain Bolton.. Sementara Fabregas juga tidak bernasib baik apabila 2 kali dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh pemain dan penjaga gol Bolton, pengadil langsung tidak mengendahkan rayuan Fabregas selepas Jaaskelainen menjatuhkannya..

Walaupun jelas sekali pengadil berada di tempat yang betul untuk memberikan sepakan penalti untuk Arsenal selepas Fabregas terlebih dahulu menyentuh bola tersebut sebelum Jaaskelainen sempat mengambilnya.. Dan Fabregas tidak kecewa memandangkan Arsenal menang.. Dan dia juga menegaskan yang itu memang penalti (jatuhan pertama) berbanding jatuhan yang kedua..

Namun akhirnya Fabregas memberikan pendahuluan kepada Arsenal selepas pergerakan dari Diaby berjaya dapat kepada Fabregas sebelum Fabregas dan Eduardo menampilkan persefahaman yang baik untuk gol pertama perlawanan tersebut.. Passing menarik dari Eduardo berjaya dibaca Fabregas sebelum melepaskan rembatan leret tapi kencang ke sudut gawang Bolton..

Pada separuh masa kedua Wenger memasukkan Merida dan Clichy untuk mengantikan Eastmond dan juga Rosicky.. Dan Merida kembali membuktikan kehebatannya apabila crossing dari Eduardo tepat kepada Merida sebelum Merida melepaskan rembatan ke penjuru gawang untuk menewaskan Jaaskelainen..

Selepas Merida menjaringkan gol tersebut Atikah jelas sekali faham mengapa Wenger takut untuk kehilangan Merida yang dilabel Fabregas yang baru.. Jika Merida berjaya berada di prestasi terbaiknya sudah semestinya dia mampu menjaringkan gol yang cantik walaupun hanya dimasukkan beberapa minit.. 7 minit sebelum tamat perlawanan Wenger mengeluarkan Eduardo yang mencipta 2 gol untuk membawa masuk Vela..

Walaupun pemain terbaik perlawanan ini milik Fabregas.. Tapi bagi Atikah pemain terbaik perlawanan hari ini selepas Fabregas ialah Manuel Almunia.. Walaupun hilang fokus pada awal perlawanan tetapi aksi Almunia pada perlawanan ini memang patut dipuji.. Aksinya cukup memukau walaupun pemain Bolton jelas offside dengan pengadil agak lambat meniup wisel.. Jadi bravo Almunia.. Atikah harap Almunia terus konsisten..

Wenger mengakui mendapat semula Fabregas pada perlawanan ini memang cukup penting.. Dan Wenger juga berharap Fabregas tidak lagi akan mengalami kecederaan terutama sekali pada perlawanan penting.. Fabregas yang menjaringkan gol kesepuluhnya dalam saingan liga dan ke-14 dalam semua pertandingan berharap dapat terus menjaringkan gol untuk Arsenal..

Pada perlawanan ini Traore sekali lagi menimbulkan kemarahan 'abangnya' iaitu William Gallas selepas menampilkan aksi goyah selepas beberapa kali Bolton memulakan serangan di sebelah kiri Arsenal.. Atikah sememangnya agak kecewa dengan aksi Traore pada satu-satu masa.. Tetapi sejujurnya passing dan aspek menyerangnya cukup bagus.. Namun Traore perlu improvekan lagi aspek pertahanannya jika tidak mahu lihat dirinya terus menjadi pilihan ketiga..

Craig Eastmond terus mencerahkan tempatnya dalam skuad utama selepas menampilkan aksi memukau pada perlawanan debutnya sebagai kesebelasan utama dalam saingan liga.. Eastmond jelas sekali beraksi cemerlang dan hampir saja sekali lagi menjaringkan gol pertamanya untuk skuad utama Arsenal..

Wenger juga memuji aksi Eastmond tetapi menyifatkan Eastmond masih belum bersedia sepenuhnya lagi.. Atikah yakin jika Eastmond terus dididik dia mampu mengisi kekosongan di bahagian tengah bertahan..

Tiadanya Samir Nasri pada perlawanan semalam adalah disebabkan late injury.. Nasri disahkan mengalami kecederaan hamstring.. Wenger mengesahkan Nasri terpaksa diketepikan hampir 3 minggu akibat kecederaan tersebut!! Dan Aaron Ramsey yang mengalami kecederaan thigh injury juga disahkan akan berehat selama hampir 3 minggu..

Nampaknya sama ada mahu atau tidak Wenger memang terpaksa beli pemain tengah akibat masalah kecederaan bahagian tengah Arsenal semakin merungsingkan.. Sementara itu Wenger mengesahkan yang Walcott dan Denilson mungkin kembali pada perlawanan menentang Bolton hari khamis ini di mana perlawanan yang mampu meletakkkan Arsenal di tangga pertama liga..

Dan Bendtner pula mungkin akan kembali dalam masa 10 hari lagi.. Dan menurut spy Atikah Senderos dilaporkan semakin hampir akan ke Celtic secara pinjaman.. Okey jangan lupa ke blog Arsenal Ladies untuk post match game mereka semalam.. Di mana skuad Arsenal Ladies menang 4-1 mengatasi Sunderland.. Adios!!

P/S : Hari ini merupakan hari jadi Johan Djourou.. Genap 23 tahun.. Happy Birthday Djourou!!

0 comments:

Post a Comment