17 January 2010

Pre Match : Bolton VS Arsenal

Secara rasmi dan sahnya Sol Campbell kembali bersama Arsenal!! Maaf sebab lambat post memandangkan Atikah busy sikit hari ini dengan internet buat hal.. Campbell hanya menandatangani kontrak jangka pendek yang menyaksikan dia hanya bersama Arsenal sehingga tamat musim ini.. Namun jika Campbell berjaya menarik perhatian Wenger ianya tidak mustahil untuk Campbell terus bersama Arsenal sehingga dia bersara kelak..

Campbell jelas gembira apabila segala perbincangan berjalan lancar untuk menyaksikan dia pemain pertama yang dibeli Arsenal bulan ini.. Campbell disahkan akan memakai jersi bernombor 31.. Dan dalam masa yang sama Atikah terfikir sama ada Campbell akan beraksi hari ini??

Tapi apa-apa pun Atikah amat-amat gembira dengan berita ini dan berharap dapat melihat Campbell beraksi bersama skuad utama Arsenal secepat yang mungkin.. Okey cukuplah dengan sedikit berita tentang Campbell.. Mari kita fokus pada perlawanan malam ini.. Di mana ianya cukup penting untuk menang selepas MU dan Chelsea masing-masing mengutip 3 mata penuh..

Arsenal akan bertandang ke Bolton hari ini dengan berita baik iaitu kapten Cesc Fabregas kembali mengetuai pasukan dan Clichy kembali di bangku simpanan di samping bekas kapten pasukan dan lagenda Arsenal iaitu Sol Campbell telah disahkan menyertai Arsenal dengan kontrak sehingga tamat musim ini.. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di Astro ESPN pada pukul 11.55 malam ini..

ALMUNIA
SAGNA-----GALLAS-----VERMAELEN-----TRAORE
FABREGAS-----DIABY-----ROSICKY
NASRI-----EDUARDO-----ARSHAVIN

Dengan masalah kecederaan di bahagian tengah semakin menghantui pasukan sudah semestinya Wenger akan menyenaraikan beberapa pemain skuad simpanan untuk membantu skuad utama.. Denilson, Wilshere dan Ramsey disahkan mengalami kecederaan sementara Song masih bersama skuad kebangsaan Cameroon di Angola..

Dan mungkin juga Campbell akan menyaksikan dirinya berada di bangku simpanan pada perlawanan ini selepas jelas ada beberapa kekosongan di bangku simpanan tersebut selepas ramai pemain-pemain mengalami kecederaan jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang..

Bolton sekarang ini berada di zon penyikiran dengan Owen Coyle akan membimbing Bolton buat pertama kalinya selepas secara rasminya meninggalkan Burnley untuk ke Bolton.. Dulu anak buah Owen Coyle berjaya mengikat Arsenal seri 1-1 selepas Fabregas mengalami kecederaan hamstring pertamanya musim ini.. Atikah harap dengan Fabregas kembali pulih dan cergas sepenuhnya Arsenal mampu meraih 3 mata penuh..

Atikah x kisahla kita menang berapa gol pun.. Asalkan menang dan mengutip 3 mata penuh.. Itu yang lebih penting.. Tapi Atikah harap kita dapat elakkan gawang daripada dibolosi pada perlawanan ini selepas jelas sekali pertahanan cukup goyah pada perlawanan menentang Everton.. Jadi kembali kentallah wahai pertahanan Arsenal.. Terutama sekali Clichy berada di bangku simpanan selepas berehat panjang dan Campbell sah kembali bersama Arsenal..

Hadirnya kembali Campbell dalam pasukan Arsenal telah membuatkan pemain pertahanan skuad simpanan Arsenal iaitu Kerrea Gilbert meninggalkan Arsenal secara pinjaman sehingga tamat musim ini bersama pasukan Peterbrough United.. Untuk pengetahuan anda Gilbert pernah beraksi di sisi Campbell pada musim 2005/2006 selepas mengisi kekosongan Lauren yang mengalami kecederaan..

Okey hari ini skuad ladies Arsenal akan kembali beraksi selepas berehat selama sebulan dan beberapa kali perlawanan ditangguhkan akibat cuaca buruk.. Namun hari ini skuad Arsenal Ladies akan beraksi menentang Sunderland dalam perlawanan Piala FA.. Atikah ucapkan selama berjaya kepada skuad Arsenal Ladies pada perlawanan malam ini selepas berehat panjang.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment