19 January 2010

Berita baik!!

Okey berita mana yang Atikah nak mulakan dulu?? Hari ini kebanyakannya berita yang cukup baik melainkan secara sahnya Samir Nasri dan Aaron Ramsey akan diketepikan selama 3 minggu selepas mengalami kecederaan hamstring dan thigh injury.. Walaupun Nasri dan Ramsey cepat sembuh dari kecederaan, Wenger tidak mahu mengambil risiko dengan menganggap selewat-lewatnya mereka akan kembali dalam 3 minggu lagi..

Okey Atikah mulakan dulu dengan Van Persie.. Van Persie telah mula menjalani latihan ringan selepas menjalani pembedahan.. Dan disebabkan Van Persie nampak okey Wenger berharap yang Van Persie boleh kembali bersama pasukan pada pertengahan bulan April!!

Wenger juga mengesahkan yang Bendtner dijangka kembali beraksi semasa menentang Aston Villa pertengahan minggu depan.. Namun peluang untuk Bendtner kembali menentang Stoke hujung minggu ini memang cukup tipis melainkan keajaiban berlaku.. Walcott dan Denilson pula disahkan akan beraksi menentang Bolton 2 hari lagi selepas pulih dari kecederaan..

Namun Fran Merida mungkin akan keluar beberapa hari selepas mengalami kecederaan buku lali.. Agak malang kerana baru beberapa minit dia beraksi buku lalinya mula merasa tidak selesa.. Bercerita pasal Merida, Wenger mengakui selepas aksi baik yang ditunjukkan Merida semasa menentang Bolton beliau mengakui yang beliau mahu mengekalkan Merida..

"I believe, yes [he will stay] – I have not given up on him.. Merida was very influential against Bolton, he has good technique, he kept the ball very well and is dangerous.."

Sementara itu spy Atikah melaporkan yang Senderos menolak tawaran Celtic yang berminat mahu mengambilnya secara pinjaman.. Senderos dilaporkan mahu meneliti beberapa tawaran yang diterimanya dan yang akan diterimanya terlebih dahulu.. Dan Senderos mengakui dia masih sebahagian daripada Arsenal buat masa ini.. Dan segala tawaran hendaklah dikemukakan kepada Arsenal terlebih dahulu..

Wenger menegaskan yang dia tetap akan melepaskan Wilshere secara pinjaman bulan ini.. Namun dia mahu memastikan pasukan tersebut beraksi dalam EPL.. Dan sudah semestinya jaminan kesebelasan utama yang tetap amat ditagih Wenger.. Terutama sekali Wenger sudah berkira-kira untuk lebih kerap menurunkan Wilshere musim depan..

Kapten pasukan, Cesc Fabregas memberikan amaran untuk rakan sepasukannya supaya tidak cepat dibuai mimpi jika berjaya merampas carta liga minggu ini.. Fabregas mahu rakan sepasukannya fokus pada satu-satu perlawanan.. Dan lihat di manakah mereka berada di penghujung musim.. Terutama sekali cabaran liga semakin mencabar dan masih banyak perlawanan perlu diharungi..

Spy Atikah melaporkan Sergio Canales iaitu pemain tengah menyerang berbakat sepanyol yang baru berusia 18 tahun dilaporkan semakin hampir ke Arsenal.. Spy Atikah berjaya melihat kelibat ayah dan juga ejen Canales di London dan didakwa berjumpa dengan pihak pengurusan Arsenal tentang kemungkinan perpindahan ke Arsenal..

Barcelona, Real Madrid dan Manchester City juga dilaporkan berminat mendapatkan khidmatnya.. Namun Arsenal merupakan pilihan utama dengan Manchester City mengekori rapat.. Tapi jika Wenger mampu memberikan jaminan Canales mampu beraksi kerap bersama skuad utama secara mudahnya Sergio Canales akan sah menjadi milik Arsenal..

Sedikit profile tentang Sergio Canales ialah nama penuhnya ialah Sergio Canales Madrazo.. Dia dilahirkan di Santander, Sepanyol.. Merupakan seorang pemain attacking midfielder.. Merupakan produk akademi Racing Santander.. Dan dalam 14 kemunculannya bersama Racing Santander beliau telah menjaringkan 5 gol.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment