01 January 2010

Happy Birthday Jack Wilshere!!

Hari ini genap umur Jack Wilshere 18 tahun!! Di umur inilah kebanyakan pemain bola sepak baru dikenali.. Tetapi Wilshere tidak.. Dia mula dikenali fan Arsenal sejak umur dia baru 16 tahun!! Atikah ucapkan sempena tahun baru dan pada hari jadi Wilshere ini semoga Wilshere terus maju bersama Arsenal..

Ini ialah posting pertama Atikah.. Untuk pengetahuan semua Atikah secara rasminya hari ini telah mengundurkan diri dari blog Arsenal Malaysia.. Walaupun Atikah x ada di blog tersebut.. Atikah harap anda semua masih menyokong blog Arsenal Malaysia..

Aaron Ramsey yang menjaringkan gol keduanya di dalam liga perdana musim ini menyifatkan gol itu merupakan gol terbaik yang pernah dia jaringkan sepanjang bersama Arsenal setakat ini.. Gol dari jarak 22 meter itu sememangnya cantik terutama sekali hasil individu Ramsey sebelum merembat bola tersebut..

Arsene Wenger memberitahu Atikah yang dia berada di dalam dilema sekarang ini semasa pintu perpindahan musim sejuk akhirnya dibuka.. Wenger mengatakan yang Arsenal merupakan satu-satunya pasukan yang paling banyak menjaringkan gol walaupun tanpa bantu penyerang..

Tetapi Wenger mengakui walaupun dia tidak membeli seorang penyerang dia tetap berada di dalam pasaran pemindahan pemain dan tidak berhasrat memecahkan rekod perpindahan Arsenal bulan ini.. Jadi Atikah yakin sekurang-kurangnya seorang pemain baru akan dibawa Wenger bulan Januari ini..

Henri Lansbury yang akan berusia 20 tahun pada Oktober ini mengesahkan yang dia telah pun menandatangani kontrak lanjutan atau kontrak jangka masa panjang bersama Arsenal dan dalam masa yang sama melanjutkan tempoh pinjamannya bersama Watford sehingga tamat musim..

Lansbury sebenarnya baru sahaja menandatangani kontrak profesionalnya bersama Arsenal musim panas 2008 yang lalu.. Lansbury telah beraksi bersama skuad utama Arsenal sebanyak 4 kali di mana semuanya dari kempen Piala Carling dan masuk sebagai pemain gantian..

Siapakah pemain terbaik bulan Disember ?? Pada bulan ini terdapat 9 calon yang mampu menerima anugerah ini.. Jadi Atikah akan senaraikan di sini dan mengapa anda perlu mengundinya.. Dan jangan lupa undi di ruangan Undian Anda..

Andrei Arshavin muncul sebagai hero Arsenal di Anfield sekali lagi.. Walaupun gagal mengulangi 4 gol yang dijaringkannya musim lalu tetapi satu golnya itu sudah cukup untuk Arsenal mengutip 3 mata penuh.. Pada bulan Disember Arshavin telah menjaringkan 2 gol..

Pada bulan Disember sahaja Aaron Ramsey telah menjaringkan 2 gol.. Bulan Disember juga menyaksikan Ramsey beraksi sebanyak 40 kali bersama Arsenal sejak menyertai Arsenal musim panas lalu walaupun usianya baru 19 tahun..

Cesc Fabregas sudah semestinya menjadi pilihan Atikah untuk memenanginya.. Fabregas yang dipilih sebagai PFA pemain terbaik bulanan (Oktober) oleh peminat juga merupakan pemain terbaik bulanan Arsenal sebanyak 2 kali pada bulan Oktober dan November.. Untuk bulan Disember Fabregas telah menjaringkan 3 gol..

Denilson menjaringkan gol ketiganya untuk musim ini pada bulan Disember menerusi free kick semasa menentang Hull City di mana fan Arsenal tergamam melihat rembatan dari jarak 30 meter itu menerjah jaring..

Eduardo berjaya menjaringkan 2 gol pada bulan Disember di mana satu darinya ialah gol sendiri daripada pemain Portsmouth.. Walaupun Eduardo hanya menjaringkan sedikit gol tetapi aksinya semasa diturunkan amat cemerlang..

Abou Diaby beraksi cemerlang pada masa dan waktu ditepat apabila bulan Disember menyaksikan Fabregas bergelut dengan kecederaannya.. Aksi cemerlangnya pada penghujung bulan Disember membolehkannya menjaringkan 2 gol..

Samir Nasri menjaringkan gol pertamanya dalam liga perdana musim ini semasa menentang Portsmouth pada bulan Disember yang lalu.. Dan sepanjang bulan Disember juga Nasri beraksi cemerlang walaupun hampir sahaja digantung 3 perlawanan selepas bergaduh dan didapati memijak pemain Hull..

Alexander Song menjaringkan gol pertamanya musim ini menerusi tandukan pada perlawanan menentang Portsmouth bulan Disember yang lalu.. Namun walaupun gagal menjaringkan gol Song beraksi cemerlang sebagai pemain tengah bertahan Arsenal..

Manuel Almunia beraksi cemerlang sepanjang musim ini dan pada penghujung bulan Disember, Almunia yang merupakan pembantu kapten pasukan selepas Van Persie dililitkan dengan kalungan armband selepas kapten pasukan iaitu Fabregas mengalami kecederaan..

Dalam 6 perlawanan hanya 3 gol yang dilepaskan Almunia.. Dan aksi paling cemerlangnya ialah semasa menentang Hull City apabila menyelamatkan sepakan penalti dari Geovanni pada bulan Disember yang lalu.. Adios!!

10 comments:

KatakPisang said...

tahniah buat atikah atas kemunculan blog yg baru...

utk pemain terbaik bulan disember, rs nya lebih baik utk Diaby. sememangnya sblm ni aksi Diaby byk mengecewakn. tp sepjg disember, Diaby telah beraksi dgn sgt cemerlang utk mengemudi bhgn tgh spjg ketiadaan Cecs. corak permainan, hantaran & serangan yg dimulakan Diaby sentiasa memerangkap pertahanan lawan. jgn lupa solo effort Diaby semasa perlawanan menentang Aston Villa..bermula dgn mendapat bola di tengah padang..membuat larian solo dan terus menjaringkn gol...superb!! jadi Diaby layak utk dianugerahkan pemain terbaik bulan disember...

1.1.10
KatakPisang said...

sblm terlupa..

Selamat Tahun Baru utk smua...harap2 the Gunners akan terus cemerlang..

1.1.10
atikah said...

thanks katak pisang.. jgn lupa sokong blog nie..

1.1.10
besi_achabing said...

best player aku nak bg kat song...

1.1.10
saifullah said...

Hurm, saye follow blog arsenal malaysia dah lme.
n saye suke artikel yg atikah tulis,
so saye follow blog ni pulak.
thnks atikah. :)
harap da pat slalu update blog ni mcm blog sne dulu. :)

-arshavin23-

:D

2.1.10
atikah said...

thanks saifullah.. tapi jgnlah sbb atikah buat blog atikah sendiri saifullah x nk follow blog tu dah..

2.1.10
saifullah said...

Of course saye follow dua2 blog neh. :)

2.1.10
CruL said...

congratz atikah for starting this new blog.diorg x appreciate ape atikah buat, so baik blah je.saye folo blog arsenalmalaysia ni br je lg walaupn da lme fan arsenal.n saya suke cara atikah tulis.professional + humour.x mcm ade satu writer kt arsenalmalaysia yg tulis bahasa ntah ape2 ntah.haha.gdluk k.byk2 kn update!

2.1.10
Chef's de Persie said...

sama -sama sokong...keep it up sis...

2.1.10
oltimer said...

haha sape writer tu CruL? rasenye sume cam ok je

2.1.10

Post a Comment