02 January 2010

No one leave Arsenal this January !!

Wenger mengesahkan dan mengharapkan yang tiada seorang pemain pun akan tinggalkan Arsenal pada musim perpindahan musim sejuk ini.. Tetapi Wenger mengesahkan yang Jack Wilshere akan meninggalkan Arsenal secara pinjaman pada bulan ini.. Namun masih belum dipastikan Wilshere akan dipinjamkan ke pasukan mana..

Dan Wenger juga berjanji akan membawa seorang penyerang pada musim perpindahan ini memadangkan kecederaan jangka masa panjang Van Persie dan Bendtner masih bergelut untuk cergas sepenuhnya selepas menjalani pembedahan pangkal paha..

Berita baik untuk Philippe Senderos pada perlawanan awal pagi isnin nanti apabila Wenger mengesahkan yang Senderos akan berada dalam kesebelasan utama pada perlawanan menentang West Ham dalam kempen Piala FA.. Namun Senderos perlu menjalani ujian terlebih dahulu sebelum beraksi kerana kecederaan kaki yang di alaminya..

Wenger juga memaklumkan pada Atikah yang dia akan mengantikan pemain-pemain yang sering beraksi untuk memberikan mereka kesempatan untuk berehat.. Ini bermakna Wenger masih guna polisi pengiliran pemain dalam kempen Piala FA.. Dan Rosicky juga disahkan akan berada di dalam kesebelasan utama menentang West Ham..

Aksi hebat dari Henri Lansbury bersama Watford bukan sahaja membuatkan pengurusan Arsenal menawarkan kontrak lanjutan tetapi dia juga berjaya menarik perhatian Wenger untuk memberikan bonus yang cukup dinantikan pemain muda Arsenal iaitu menjalani sesi latihan bersama skuad utama..

Wenger mengesahkan yang sebaik sahaja Lansbury kembali sebaik tamat musim untuk Watford Lansbury akan dipanggil menyertai latihan bersama skuad utama Arsenal dalam persiapan musim baru.. Selepas itu Wenger akan memikirkan tentang kemungkinan Lansbury akan menjadi sebahagian daripada skuad utama Arsenal..

Sedikit profile tentang Henri Lansbury.. Henri Lansbury atau nama penuhnya Henri George Lansbury dilahirkan di Enfield, London pada 12 Oktober 1990.. Lansbury mula menyertai Arsenal sejak 1999 semasa umurnya 9 tahun.. Pada musim panas 2008 Lansbury telah menandatangani kontrak profesionalnya bersama Arsenal..

Dan pada 31 Disember 2009 yang lalu Lansbury baru sahaja menandatangani kontrak jangka masa panjang bersama Arsenal.. Lansbury hanya beraksi sebanyak 4 kali sebagai pemain gantian dalam kempen Piala Carling selepas menandatangani kontrak profesional.. Nombor Lansbury dalam skuad Arsenal ialah 45..

Bekas penyerang Arsenal dan lagenda Arsenal iaitu Alan Smith yang membuat 347 pernampilan dan menjaringkan 115 gol untuk Arsenal menyifatkan Henri Lansbury mempunyai potensi yang besar.. Atikah harap Lansbury terus mendapatkan pengalaman yang berguna sebelum beraksi bersama skuad utama Arsenal pada masa akan datang.. Adios!!

3 comments:

JeJai said...

mmg bagus plyer x blah..
tp patot AW sign player tuk CB la..
risau ku tgk. xde beckup yg powe2..huhu

2.1.10
KatakPisang said...

mmg patut wenger cr jugak backup utk CB...bukan apa, risau jd mcm season lps...gallas injured, terus defend the gunners merudum hampir nk tamat musim. so klu salah sorg CB skrg injured lama, vermaelan or gallas & xde backup yg kental..ssh gk nk defend hingga akhir musim.

3.1.10
Putraz April said...

salam...

lansbury ni pemain penyerang ka??

teruskan perjuangan...

http://ashsyumul.blogspot.com/

3.1.10

Post a Comment