03 January 2010

Pre Match : West Ham VS Arsenal

Fuhh.. Berdebar-debar gila Atikah nak masuk ke sekolah esok.. Memandangkan tahun ini Atikah akan mengambil peperiksaan PMR so Atikah akan busy mengulang kaji.. Tetapi Atikah boleh berikan jaminan yang Atikah akan mencari masa untuk postkan berita terkini dari kem Arsenal..

Pukul 12 tengah malam ini Arsenal akan menentang West Ham dalam saingan Piala FA.. Perlawanan ini akan disiarkan di Astro Star Sports.. Arsenal seri 2-2 pada saingan liga beberapa bulan yang lalu di Upton Park.. Namun Atikah harap ianya tidak berulang lagi supaya kita boleh mara ke peringkat seterusnya..

Wenger dah pun memberitahu yang dia akan merehatkan beberapa pemain yang kepenatan.. Ini bermakna anda akan menyaksikan Wenger sekali lagi menggunakan polisi pengiliran pemain.. Nampaknya Wenger jelas mengambil beret tentang peluang kejuaraan liga berbanding saingan Piala FA yang di mana jelas Arsenal mempunyai rekod mengkagumkan dalam saingan ini..

FABIANSKI
GILBERT-----SENDEROS-----SILVESTRE-----TRAORE
ROSICKY-----RAMSEY-----DIABY
WALCOTT-----VELA-----MERIDA

Itulah bayangan kesebelasan utama Atikah pada malam ini.. Namun Senderos masih dalam keraguan sama ada dia akan beraksi ataupun tidak memandangkan dia perlu menjalani ujian kecergasan dahulu memandangkan Senderos mengalami kesakitan di tapak kakinya.. Jika Senderos gagal cergas mungkin Wenger akan memanggil kapten pasukan skuad simpanan Arsenal iaitu Kyle Bartley..

Kalau Traore direhatkan Atikah menjangkakan Tom Cruise Arsenal akan dipanggil.. Dan jika Diaby direhatkan juga.. Atikah menjangkakan Eastmond akan beraksi.. Atikah x kisahla siapa yang beraksi memandangkan mereka semua akan memberikan aksi terbaik dan x akan menghampakan kita..

Atikah predict kita menang 2-0 malam ini.. Oh sebelum Atikah terlupa.. Memandangkan esok Atikah akan ke sekolah kembali Atikah masih belum dapat memastikan sama ada Atikah akan buat post match perlawanan esok.. Tapi InsyaAllah Atikah akan buat post match selewat-lewatnya selepas Atikah balik sekolah.. Adios!!

9 comments:

JeJai said...

cayalah atiqah.. arsenal arsenal gak. stdy jgn lupe..

pastikan dapat 8A's k.

adik abg bru jer dapat result. 8A's.. ^^

3.1.10
Anonymous said...

Pegi sekolah belajar elok-elok ye. sekolah tu penting ye.

3.1.10
Unknown said...

selamat kembali ke sekolah...huhhu...sy pun esok dah start sem baru and hope last sem...hahaha

3.1.10
Anonymous said...

slamat kmbali ke skolah..heheh..tp jgn la memperjudikan masa kerana nak postkan topik arsenal kat blog..kalo ade mase lebih tu bleh la..tp kalo bz sgt tu xyah la..kalo ade partner dlm blog nie leh jugak tlg updatekan..

3.1.10
Anonymous said...

betol tu jgn asyik sgt ngan Arsenal pelajaran terabai. sebok sgt hafal nama2 player arsenal itu ini, formula sains tah ke mana, rumus matematik tah ke mana, ilmu geografi tah ke mana, sejarah ape tah lagi. Jgn hafal sejarah arsenal je, tak kuar pmr pon hihi

3.1.10
Chef's de Persie said...

rajun adik rajin...gd luck 4 u atikah
arsenal + atikah 4ever....hehehehehehe

3.1.10
Anonymous said...

abg bangga giler la dgn adik tiqah nie
sebelum nie abg open arsenal malaysia
skang nie abg nak layan atikah arsenal je plak.
thanks for everything you have done for arsenal malaysia

3.1.10
Anonymous said...

xsngka la atikah..
rupenye bru form 3..
hehe..tp dh blh wt sume nie..
sblom nie abg bkk arsenal malaysia, tp skrg abg
slalu bkk blog nie dh..hehe..
papepon good luck ea..
hidup gunners!!!=)

3.1.10
Chef's de Persie said...

bermula la sesi persekolahan musim 2010 hari ini...br pas hantar anak masuk PASTI

4.1.10

Post a Comment