04 January 2010

Second Half Comeback

Okey Atikah minta maaf sebab lambat post match memandang mulai tahun ini sesi persekolahan Atikah akan bermula pagi.. So itulah sebabnya Atikah lewat buat post match.. Tapi apa yang pasti sememangnya Arsenal menang perlawanan ini dan akan ke pusingan keempat Piala FA dan akan bertemu Stoke City di tempat lawan..

FABIANSKI
SAGNA-----GALLAS-----VERMAELEN-----SILVESTRE
MERIDA-----SONG-----RAMSEY
WILSHERE-----EDUARDO-----VELA

Arsenal ketinggalan pada separuh masa pertama yang kebanyakan dikontrol Arsenal.. Selepas Wenger membawa masuk Samir Nasri dan Abou Diaby pada second half barulah Arsenal menguru-harakan pertahanan West Ham yang bertahan habis-habisan selepas menjaringkan gol..

Namun akhirnya pemain Arsenal mengamamkan peminat, pemain dan staf kejurulatihan West Ham apabila Aaron Ramsey menewaskan perangkap offside pada minit ke-78 sebelum melepaskan rembatan yang menewaskan Robert Green yang beberapa minit sebelum itu membuat double save untuk memastikan mereka masih di hadapan..

West Ham kembali menyerang namun pertahanan Arsenal mudah mematahkannya dan akhirnya Eduardo menjaringkan gol kemenangan Arsenal pada minit ke-83 untuk memastikan suara peminat Arsenal bergemuruh di Upton Park.. Ianya bermula dari crossing cantik dari Vela namun sentuhan terkahir menakjubkan dari Eduardo memastikan Arsenal melangkah ke pusingan seterusnya..

Ini merupakan gol kelimanya dalam 6 perlawanan Piala FA.. Dan ini juga mungkin pertanda yang fan Arsenal semakin hampir untuk menyaksikan prestasi terbaik dari Eduardo.. Atikah harap Eduardo terus menerus tajam di hadapan pintu gol untuk memastikan ketiadaan Van Persie dan Bendtner tidak dirasai fan Arsenal..

Namun perlawanan ini menyaksikan fan Arsenal melihat aksi buruk dari 'the next Fabregas' iaitu Fran Merida.. Merida sememangnya menunjukkan persembahan buruk pada perlawanan ini terutama sekali dari segi passing.. Atikah harap Merida bangkit kembali ke prestasi terbaiknya.. Kerana Atikah tahu Merida mampu beraksi jauh lebih baik dari persembahannya pada perlawanan ini..

Begitu juga dengan Silvestre.. Kapten pasukan pada perlawanan ini.. Silvestre kadang-kadang menghampakan terutama sekali membenarkan West Ham menyerang dari bahagian kanan dan kesilapannya juga hampir sahaja membuatkan Arsenal tewas.. Namun nasib baiklah West Ham gagal mengunakan peluang tersebut.. Bagi pandangan Atikah posisi bek kiri bukanlah posisi yang sesuai untuknya.. Dan Silvestre jauh lebih bagus semasa jadi CB..

Namun aksi Fabianski pada perlawanan ini patut dipuji.. Walaupun tepisannya masih gagal mengeluarkan bola daripada menerjah jaring, keseluruhannya aksi Fabianski cukup cemerlang.. Sememangnya Fabianski semakin matang dari musim lepas.. Dan Fabianski juga membuktikan yang dia cukup layak untuk berada di belakang Almunia walaupun aksi Mannone cukup memukau semasa diberi peluang beraksi..

Man of the match pada perlawanan ini Atikah berikan kepada Aaron Ramsey yang beraksi cemerlang.. Dan semasa dia jaringkan gol penyamaan Atikah pantas menjerit "this is a next Fabregas not Merida!!".. Dan sememangnya Ramsey mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Fabregas buat sementara waktu ini selepas mengalami kecederaan..

Selepas perlawanan tersebut Wenger memberikan lampu merah kepada Jack Wilshere untuk meninggalkan Arsenal bulan Januari ini secara pinjaman selepas masalah kecederaan terus menerus membelenggu kem Arsenal.. Tambahan pula Song dan Eboue tiada sepanjang bulan Januari ini untuk kempen Piala Negara Afrika..

Dan sedikit update kecederaan pemain Arsenal.. Denilson akan menjani ujian kecergasan esok namun apa yang pasti Denilson akan kembali semasa menentang Bolton.. Sementara itu Arshavin berada di dalam keadaan 50-50 akan beraksi menentang Bolton selepas mengalami kecederaan kaki.. Adios!!

2 comments:

syumi said...

Grammatical error: "this is THE next fabregas" bukan this is A next Fabregas. Improve lagi English ye. Good try

4.1.10
atikah said...

haha.. tersilap taiplah syumi.. atikah nak cepat masa tu.. so main tibai je.. x smpt nk fikir 2 kali dah.. check balik pun x sempat.. so kalau ada silap taip tu sori ah.. atikah ingat dah taip the.. tup2 keluar A pula..

5.1.10

Post a Comment