23 September 2010

Arsenal Ladies menang first kompetitif game

Arsenal Ladies memulakan kempen Eropah mereka dengan kemenangan lewat 3-1 untuk memusnahkan perayaan skuad ZFK Masinac yang menyambut ulang tahun ke-40 mereka.. Namun kemenangan ini agak sukar untuk Arsenal dapatkan selepas penyerang prolifik mereka, Julie Fleeting tidak turut serta atas sebab yang tidak diketahui namun mungkin akibat kecederaan buku lalinya masih belum pulih..

Penyerang baru.. Ellen White tidak begitu memberikan impak (kecuali pada beberapa waktu di separuh masa pertama) dalam perlawanan pertamanya di pentas Eropah selepas gagal memberikan tekanan kepada Masinac dan hanya menjadi penyumbang gerakan gol pertama Arsenal yang dijaringkan Rachel Yankey seawal minit ke-12 untuk Arsenal mendahului sehinggalah minit ke-62 sebelum Masinac menyamakan kedudukan..

Steph Houghton yang membuat penampilan pertamanya bersama skuad Arsenal Ladies selepas berhijrah dari Leeds Carnegie yang beraksi di bek kanan Arsenal beraksi cemerlang namun dicemarkan dengan kad kuning pada debutnya untuk Arsenal.. Seorang lagi pemain baru Jordan Nobbs juga beraksi dengan baik selepas di bawa masuk pada minit ke-57..

Penjaga gol lawan Allysa Clark beraksi dengan cukup cemerlang sekali menafikan beberapa percubaan pemain Arsenal Ladies.. Tonggak utama pula, Kim Little dikawal ketat pasukan lawan dan sering dikasari untuk memastikan beliau sukar beraksi di tahap terbaiknya.. Namun 4 minit sebelum tamat separuh masa kedua, Arsenal Ladies membuktikan mengapa mereka masih menjadi pasukan pilihan..

Gilly Flaherty menjaringkan gol kedua Arsenal pada minit ke-86 sebelum 2 minit selepas itu, Daniella Carter yang di bawa masuk mengantikan Ellen White mengegar jaring ZFK Masinac sekali lagi hasil dari lambungan bola cantik Jayne Ludlow untuk memberikan pendahuluan yang selesa untuk Arsenal Ladies semasa menanti kunjungan Masinac di Boreham Wood 14 Oktober nanti..

Pengurus pasukan menyifatkan faktor sebenar kesukaran pemain Arsenal Ladies beraksi di tahap terbaiknya ialah akibat kepenatan melalui penerbangan selama 12 jam ke Serbia sebelum perlawanan dan faktor padang dan cuaca yang panas di Serbia.. Harvey berharap yang Arsenal Ladies akan memusnahkan mereka di Boreham Wood nanti dan beliau juga mengakui perjuangan masih belum berakhir.. Adios!!

2 comments:

zizie said...

Pastikan Arsenal Ladies berada di tahap terbaik.

23.9.10
atikah said...

zizie... mereka selalu yg terbaik...

23.9.10

Post a Comment