03 September 2010

Arsenal Ladies teruskan rentak cemerlang

Arsenal Ladies meneruskan rentak cemerlang mereka di dalam kempen pra musim selepas membuktikan kehebatan sebenar mereka menentang West Bromwich Albion Ladies yang tersusun pasukannya.. Namun pemain ladies Arsenal jauh lebih bagus daripada mereka selepas menundukkan mereka 4-0.. Dan dalam masa yang sama membuktikan mengapa mereka sering menjadi pasukan terbaik England walaupun sudah dua tahun Arsenal Ladies sering kehilangan tonggak utama kepada pasukan di United States..

Akhirnya berkat kesabaran dan tidak mudah mengalah pemain ladies Arsenal, mereka akhirnya berjaya menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-18 menerusi khidmat penyerang baru Ellen White yang kini berada di puncak prestasinya.. Situasi ini jelas sekali mengembirakan fans ladies Arsenal memandangkan dengan masalah kecederaan yang tidak menentu terhadap penyerang prolifik Arsenal Ladies sebelum ini, Julie Fleeting..

Penyerang muda berbakat besar Ladies, Lauren Bruton terus membuatkan pengurus, Laura Harvey mempunyai banyak pilihan yang boleh dipercayai di bahagian serangan selepas meledak gol kedua pasukan sebelum tamat separuh masa pertama untuk membuktikan bagaimana tersusun pun pasukan lawan, Arsenal Ladies masih mampu mencipta kejayaan..

Pada separuh masa kedua, Laura Harvey membuat begitu banyak pertukaran dan ianya membuahkan hasil selepas kemasukan tonggak muda dan utama pasukan, Kim Little membalas dendam kekecewaannya bersama skuad kebangsaan, Scotland yang terlepas aksi Piala Dunia tahun depan dengan menjaringkan dua gol.. Nampaknya Little masih hebat walaupun agak mengecewakan bersama pasukan Scotland yang hampir masuk ke kejohanan tertinggi mereka buat pertama kalinya tahun ini..

Awal pagi tadi, skuad Arsenal Ladies beraksi perlawanan ketiga persahabatan mereka menentang Oxford City.. Namun keputusan perlawanan masih gagal Atikah dapatkan.. Namun Atikah pasti mereka membelasah Oxford City memandangkan rekod sebelum ini menyaksikan Arsenal mudah menewaskan mereka.. Kalau x silap Atikah ianya merupakan perlawanan terakhir persahabatan mereka..

Sebelum ini ladies Arsenal telah membelasah Braintree Town Ladies 14-0 dalam perlawanan persahabatan pertama di mana Ellen White menjaringkan 4 gol diikuti hatrik pertama Daniella Carter, dua gol dari Lauren Bruton sementara kapten pasukan Jayne Ludlow, Yvonne Tracy, Kim Little, Gemma Davison dan pemain skuad simpanan, Bianca Bragg menjaringkan satu gol..

Perlawanan kedua pula menentang Barnet Ladies di mana Arsenal Ladies menang 5-0 hasil jaringan dari Rachel Yankey, Daniella Carter, Kim Little, Gemma Davison dan Ellen White.. Nampaknya Arsenal Ladies dilihat tidak akan melepaskan title pasukan terbaik England buat masa ini nampaknya walaupun tiap-tiap tahun kehilangan pemain tonggak..

Namun hasil dari kerja pengurus yang tidak putus asa meletakkan kepercayaan kepada pemain muda sambil dibantu pemain berpengalaman telah memastikan Arsenal Ladies tidak merasai sangat kehilangan mereka disamping kemasukan pemain berbakat yang baru.. Adios!!

3 comments:

zizie said...

Team Ladies arsenal kuat pulak,team Junior dari akedemi arsenal kuat pulak...
Bila Team kat EPL pehh...hampeh.Kecewa...

4.9.10
atikah said...

hahah.. team ladies sjk ditubuhkan lagi mmg bagus.. tiap2 tahun jadi pasukan digeruni seluruh england.. sehingga england bangga giler dgn skuad arsenal ladies walaupun utk team laki ramai kutuk sbb ramai pemain luar.. ialah pemain ladies bnyk pemain britian.. iaitu dari scotland, wales dgn england.. lps tu jadi pasukan england pertama mng kejohanan eropah pulak tu.. sape yg x bangga..

team junior tu mmg slalu membanggakan fans arsenal.. namun syg team epl kdg2 je.. tapi kita perlu ingat team epl masih dlm pembikinan lagi utk kejayaan akn dtg.. kejayaan x boleh dpt dlm masa sehari je.. ianya mengambil masa.. slagi kita terus improve dn kekalkan pemain tonggak, insyaallah kita akn mng trofi x lama lagi.. (harap2nya tahun nie)..

4.9.10
zizie said...

Sepatut nye wenger tu kne la beli pemain dari dlm (England).Kepala otak Wenger harus ikut mcm Alex furgusen tu..Zaman2 henry,robert pires,viera tu sudah lepas.Ia sudah jadi sejarah.Arsenal wajib mencari penganti mereka.
Memang la kejayaan mengambil masa.Puncanya wenger tu asyik beli pemain muda,latih pemain muda.tu sebab mengambil mase yg lama...
Nk latih pemain2 muda ingat senang ke,mengambil masa 4 tahun.INGAT TU!

4.9.10

Post a Comment