08 September 2010

Berita buruk dari Van Persie

Ada satu berita baik dan berita buruk.. Atikah rasa lebih baik Atikah mulakan dengan berita buruk dahulu sebab berita ini cukup buruk dan jelas sekali kita perlu dengar berita baik selepas dengar berita buruk ini.. Berita buruk ialah tentang kecederaan Robin Van Persie.. Sebelum ini beliau dijangka terlepas aksi dari 10 ke dua minggu.. Kini beliau dijangka terlepas aksi mungkin selama lebih sebulan..

Staf perubatan Arsenal telah mengesahkan ketakutan ramai fans Arsenal dengan mengesahkan yang Van Persie akan terlepas aksi sehingga pertengahan bulan Oktober selepas kecederaan buku lali Van Persie lebih teruk dari yang dijangkakan.. Nasib baiklah Chamakh yang sering bebas kecederaan kini milik Arsenal.. Jadi x banyaklah perkara yang perlu dirisaukan tanpa kehadiran Van Persie..

Namun berita baik dari Samir Nasri apabila beliau kini dihadapan jadual proses pemulihannya selepas beliau disahkan staf perubatan Arsenal yang Nasri akan kembali menjalani latihan dalam beberapa hari lagi.. Jadi Nasri berkemungkinan akan kembali beraksi pada perlawanan minggu depan..

Sementara itu 4 trio Arsenal membantu skuad simpanan Arsenal bangkit dari ketinggalan untuk mencatatkan kemenangan 4-3 menentang Blackburn Rovers yang membariskan David Dunn, Steven Nzonzi, Benjani Mwawurawi dan Jason Roberts.. Namun kehadiran Fabianski, Djourou, Denilson dan aksi pertama dari Squillaci telah menaikkan semangat skuad remaja Arsenal untuk mencatatkan kemenangan..

Kesilapan dari Johan Djourou telah memaksa Arsenal ketinggalan seawal minit ke-26 sebelum Dunn memastikan Fabianski tergamam dengan rembatan padunya ke top corner untuk memberikan 2-0 kepada Blackburn sebelum Chuks Aneke merapatkan jurang sebelum tamat separuh masa pertama..

Sebastien Squillaci beraksi cemerlang dalam debutnya untuk Arsenal.. Mungkin untuk menarik perhatian Arsene Wenger bagi membenarkan beliau beraksi dalam debut pertamanya menentang Bolton hujung minggu ini sementara Denilson kembali ke aksi terbaiknya semula apabila hampir menjaringkan gol dari jarak jauh hanya untuk penjaga gol Blackburn berkerja keras menyelamatkannya..

Apa yang dilaporkan spy Atilah tentang aksi Squillaci telah membuatkan Atikah tidak sabar-sabar untuk melihat aksi Squillaci bersama skuad utama.. Harapnya minggu ini Wenger memberikan peluang untuk fans Arsenal melihat aksi Squillaci bersama skuad utama hujung minggu ini..

Sementara itu spy Atikah melaporkan yang Theo Walcott dijangka terlepas aksi selama dua minggu selepas beliau mengalami kecederaan buku lali kanan semasa membantu England menang.. Namun Walcott menolak andaian tersebut dengan menegaskan beliau akan kembali sebelum tempoh tersebut.. Namun apa-apa lebih baik kita menunggu laporan dari staf perubatan Arsenal.. Adios!!

2 comments:

sab said...

love u chamakh!<3

8.9.10
zizie said...

Adoii Robin Van Persie.masalah banyak sagt la striker ni..,
Pelik tgk cedera dia ni.
kalau Chamark cedera cam ne pulak..
Bukan nye betul pemin2 arsenal ni.sikit2 cedera.

8.9.10

Post a Comment