20 September 2010

Fabregas injury update & Rosicky minta maaf

Arsene Wenger menafikan beberapa laporan yang mengatakan Fabregas akan terlepas perlawanan menentang Chelsea awal Oktober ini akibat kecederaan hamstring.. Menurut Wenger apa yang dikatakan mereka salah memandangkan Fabregas masih belum menjalani scan terhadap kecederaannya..

Tomas Rosicky memohon maaf dalam laman web rasminya dengan memberitahu beliau membuat kesilapan terbesar sekali pada perlawanan tersebut.. Rosicky yang mengambil armband daripada Cesc Fabregas pastinya cukup bertanggungjawab atas keputusan seri pada perlawanan tersebut dengan mengakui kesemua mereka cukup kecewa kerana mereka ada peluang untuk menang..

Rosicky memberitahu lagi yang mereka melakukan kesilapan dan terpaksa membayarnya dengan harga yang mahal.. Dan Rosicky mengakui beliau melakukan kesilapan terbesar.. Rosicky menambah yang beliau pernah terlepas penalti semasa tahun 2005 bersama skuad kebangsaannya..

Namun Rosicky meneruskan lagi yang beliau sudah melakukan perbincangan dengan Samir Nasri dan Maroune Chamakh untuk mengambil sepakan penalti tersebut selepas Cesc Fabregas dan Andrei Arshavin telah pun di bawa keluar Arsene Wenger untuk membawa masuk dirinya dan Denilson..

Atikah harap Rosicky akan dimaafkan fans Arsenal.. Walaupun kita kecewa, namun bukanlah kesalahan Rosicky 100% walaupun hakikatnya jika Rosicky berjaya menjaringkan penalti itu Arsenal lebih berpeluang cerah untuk mendapatkan 3 mata penuh.. Apa-apa pun lepas nie Atikah harap Rosicky dapat menjalani lebih banyak latihan untuk sepakan penalti untuk mengelakkan perkara sebegini berulang lagi.. Adios!!

5 comments:

matnor_gunners said...

setuju... kmi tetap akan mnyokong rosicky

20.9.10
eJAI said...

dlm match yg pressure camni patut rosicky tenang dan sepak slow je..Bukan hayun kuat2..die patut sedar..denilson amek penalti pun rilek jer

21.9.10
أنس ميرزا said...

sume manusia pernah melakukan kesilapan...
lgipon,fab4 pon penah x gol penalti...mase lwn stoke musim lepas...

21.9.10
atikah said...

dlm kes fab4 dulu ianya tidak berakhir dengan keputusan seri.. lagi pun fab tendang so sorenson selamatkan.. itu mmg kes yg berbeza daripada nie..

21.9.10
zizie said...

kami boleh maaf kan rosicky dan kami tak nk lihat perkara sama berulang.

21.9.10

Post a Comment