19 September 2010

Kekecewaan di saat akhir

Hanya beberapa saat sahaja lagi untuk Arsenal mengutip 3 mata penuh.. Namun kesilapan minit akhir oleh pemain pertahanan Arsenal yang beraksi dengan cemerlang telah menjejaskannya.. Rosicky yang terlepas penalti untuk memastikan kemenangan Arsenal dan Song yang di buang padang telah menjadi antara faktor Arsenal mensia-siakan peluang untuk terus mencabar Chelsea..

Arsenal mendahului pada minit ke-12 hasil jaringan yang memukau daripada kapten pasukan, Fabregas.. Kesilapan Ferdinand menyaksikan Fabregas yang menghalang clearance Ferdinand, telah meletakkan gol ke dalam jaring.. Namun gol tersebut telah menyaksikan Fabregas mengalami kecederaan..

Namun Fabregas hanya tersenyum walaupun beliau berada di dalam kesakitan.. Namun hasil ujian dari staf perubatan Arsenal, Fabregas mengalami kecederaan hamstring.. Wenger masih belum memberitahu selama mana Fabregas akan berehat namun harapnya ianya tidak lama, kerana impak Fabregas cukup diperlukan..

Alexander Song dilayangkan kad merah selepas mengutip dua kad kuning.. Namun kad kuning kedua cukup tidak patut dilayangkan pengadil memandangkan ianya hanyalah 50-50 challange dan pertembungan yang pantas berlaku.. Namun sudah tersurat yang Song dilayangkan kad merah dan terus memberikan tekanan kepada Arsenal..

Samir Nasri menghadiahkan sepakan penalti kepada Arsenal selepas beliau dijatuhkan.. Namun Rosicky yang cukup tertekan untuk memberikan keselesaan kepada Arsenal mensia-siakannya.. Atikah merasakan yang faktor beliau cukup tertekan untuk menjaringkan gol tersebut selepas sejak Januari beliau tidak menjaringkan gol menjadi sebab utama mengapa beliau gagal merembat ke dalam gol..

Namun secara kesuluruhannya Atikah cukup berpuas hati dengan persembahan pemain Arsenal namun peluang yang disia-siakan telah menjadi faktor Arsenal gagal mencatatkan kemenangan.. Arshavin yang tidak banyak memberikan impak menjadi salah satu lagi faktor.. Namun sekurang-kurangnya ada tanda positif dari perlawanan ini..

Pertahanan Arsenal semakin bagus dan pemain Arsenal tidak mudah dibuli sekali lagi.. Atikah harap selepas ini tiada lagi keputusan mengecewakan ini.. Adios!!

8 comments:

Hero Kampung said...

diharap frust tahun lepas tak berulang tahun ni,, semua kerana game2 ciput ni jer la arsenal drop,,,

19.9.10
zizie said...

Aiseymen...

19.9.10
[namasayahaz] said...

bangkit selepas ini, dlm memburu kejuaraan liga.

19.9.10
kareem said...

abehla...jadi mcm season lepas...lupekanlah harapan menang liga ye kawan2...

19.9.10
matnor_gunners said...

sabor jela. adios

19.9.10
azwabenjamin(; said...

fabregas takde mmg tak menjadi lah :(

19.9.10
hazuan said...

letih tu..baru nk rehat dari cl vs Braga itu hari..

19.9.10
sab said...

kecewa la..huhu tp takper..try again

20.9.10

Post a Comment