26 September 2010

Memalukan !!

Hmm.. Atikah sebenarnya x tahu nak tulis apa.. Sebab hati nie masih panas dengan kekalahan Arsenal.. Atikah sejujurnya mahu mengakui Atikah terus je menangis bila Arsenal tewas.. Kalau kalah dengan team2 yang besar x pelah.. Nie dalam banyak-banyak pasukan West Brom yang memalukan Arsenal.. Nasiblah Nasri selamatkan maruah Arsenal dengan skor 2 gol..

Kalau x gerenti semua fans Arsenal tutup muka dengan beg plastik je untuk menahan malu.. Punca utama tewas.. Defender.. Almunia.. Kreativiti.. Chamakh.. WBA curi stail permainan Arsenal.. Tiadanya Fab4.. Itulah antara punca kekalahan penuh memalukan Arsenal.. Apa kata kita mulakan dengan pertahanan dulu..

Gandingan Squillaci dan Koscielny dilihat bakal menyaksikan Vermaelen akan berjuang habis-habisan untuk tempatnya.. Namun gandingan ini dilihat cukup mengecewakan pada perlawanan ini.. Dengan hakikat Song dan Diaby juga seakan-akan lupa untuk memberikan bantuan dan perlindungan kepada bahagian pertahanan.. Ianya telah menjadi punca mengapa Arsenal tewas..

Manuel Almunia dilayangkan kad kuning selepas menjatuhkan penyerang WBA.. Namun berjaya menyelamatkan sepakan penalti hanya untuk menyaksikan beliau melepaskan gol kedua yang cukup mudah untuk West Brom.. Terpaksa tidak lagi bertindak agresive setelah dilayangkan kad kuning telah menyaksikan aksi cemerlang Almunia tenggelam begitu sahaja..

Nampaknya banner tanda sokongan fans Arsenal masih belum mencukupi untuk memastikan Almunia menjadi hero Arsenal.. Tetapi sejujurnya kekalahan ini bukanlah kesalahan Almunia langsung.. Kesilapan pertahananlah yang menjadi punca utama mengapa Almunia terpaksa melihat gawangnya bocor 3 kali..

Pemain tengah Arsenal kurangnya kreativiti.. Song, Nasri, Diaby, Eboue serta Arshavin semuanya tenggelam di dalam aksi di bawah tahap sebenar Arsenal di separuh masa pertama.. Kemasukan Rosicky dan Wilshere jelas telah mengubahnya.. Namun kemasukan mereka terlambat untuk memastikan Arsenal menyelamatkan mata berharga..

Maroune Chamakh tenggelam di lautan pemain West Brom yang mencuri perhatian.. Ketiadaan passing kepadanya telah menyaksikan Chamakh tengelam timbul di lautan pemain WBA.. Beliau hampir menjaringkan gol hanya untuk menyaksikannya tersasar ataupun diselamatkan Scott Carson..

WBA sememangnya telah mengajar atau mengingatkan Arsenal bagaimana sebenarnya Arsenal bermain.. Atikah mengakui apa yang ditunjukkan WBA pada perlawanan ini sepatutnya ditunjukkan pemain Arsenal.. Bukannya pemain West Brom.. Namun West Brom memang patut mengajarnya kepada Arsenal sebelum Chelsea yang mengajarnya dengan lebih kejam lagi..

Sememangnya siapalah Arsenal tanpa kreativiti dan inspirasi Cesc Fabregas.. Arsenal kadang-kadang mampu mengatasi kehilangannya.. Namun bila gagal melakukannya.. Ianya pasti akan melukakan hati fans Arsenal dengan keputusan yang cukup mengecewakan atau memalukan.. Jadi Atikah rasa semua fans Arsenal patut fikir balik.. Adakah Arsenal sebenarnya bersedia kehilangan Fab4?? Tidak!!

Biarlah Fabregas main seteruk mana pun.. Kerana adanya Fabregas pemain Arsenal lebih berkeyakinan untuk beraksi.. Itulah faktor Arsene Wenger dan pengurusan Arsenal serta staf-staf kejurulatihan, pemain serta lagenda dan peminat tidak mahu Fabregas meninggalkan Arsenal.. Adios!!

P/S : Sorry sebab tiada post match yang sepatutnya.. Atikah rasa lebih baik kita lupakan perlawanan ini.. Kerana ianya hanya menyakitkan hati sahaja..

8 comments:

shahril said...

setuju.....saya sokong...sakit hati dan ingin menangis....x ape...kita sabar atiqah.....tunggu kau chelsea...

26.9.10
azwabenjamin(; said...

sokong pasal ketiadaan Fabregas mmpengaruhi. Vela pun dtrunkan lmbat :/

26.9.10
Nazirul said...

almunia bersalah.main macam tangkap belalang.shit!

26.9.10
matnor_gunners said...

sudah la... atikah. kta lupe kn trus match yg memalukan nie... trus jer ko post kn prlwanan brikut nya..UCL..

26.9.10
zizie said...

sial lah..tukar la keeper tu.

26.9.10
Hero Kampung said...

bukan salah almunia sorang jer,,main berpasukan,,tapi tgk la,,passing pun byk yg out,,tambah2 lagi eboue tu,,sakit hati aku,,

bagi aku kalah bukan kerana aluminium,,tapi game kita tak control,,maksudnya,,player semua out,,

26.9.10
Dzulkarnaim Othman said...

jauhla nk mengapai kejuaraan...

26.9.10
Unknown said...

Perjalanan EPL masih jauh kawan2, walaupun keptsan ini meninggalkan kesan yang begitu mendalam buat semua fan2 arsenal kita kena hadapi nya dengan tenang dan berkeyakinan, kbykan team2 cikai ni bersemangat giler bile lawan ngan big 5(Aku rasa ler)..kita harus terus memberikan sokongan... Adios

27.9.10

Post a Comment