15 September 2010

Pre Match : Arsenal VS Braga

Sebelum Atikah mulakan pre match.. Atikah nak beritahu satu berita terkini tentang kecederaan Abou Diaby.. Menurut Wenger beliau masih belum mengetahui sampai bilakah Diaby akan disisihkan walaupun keputusan x-ray tidak memberikan berita buruk.. Namun yang buruknya ialah kecederaan buku lalinya itu merupakan buku lali yang sama pernah patah beberapa tahun lalu..

"I'm vague [about the length of Diaby’s absence] because it's the ankle on which he had surgery.. I was very anxious because he had a scan yesterday [Monday] and with Diaby there are always bad surprises on the scan.. But the scan looks quite promising.. We don't know how long he will be out as we don't know how long the inflammation will take to go down.."

Jadi ianya pasti akan memberikan kesan kerana kita perlu ingat walaupun kecederaan tersebut telah pulih namun jika ada satu lagi terjahan keras di bahagian tersebut, ianya pasti akan memberikan kesan.. Atikah harap Diaby yang semakin lama semakin bagus ini dapat kembali semula tanpa ada sebarang kesan sampingan..

Arsenal akan menentang SC Braga pada awal pagi ini dengan hanya disiarkan secara ulangan di Astro ESPN pada pukul 4.30 pagi nanti.. Jangan ketinggalan menyaksikannya.. Okey seperti yang anda tahu Vermaelen dan Diaby merupakan pemain terbaru menyertai kem pusat perubatan Arsenal.. Jadi berikut ialah bayangan kesebelasan utama..

ALMUNIA
SAGNA-----SQUILLACI-----KOSCIELNY-----CLICHY
FABREGAS-----SONG-----DENILSON
NASRI-----CHAMAKH-----ARSHAVIN

Tanpa kehadiran Vermaelen.. Koscielny pastinya akan meneruskan persefahaman yang baik dengan gandingan barunya Squillaci yang cukup tenang pada debutnya walaupun diasak oleh pemain Bolton.. Bagi Atikah mereka telah menjalankan aksi dengan baik jadi tidak menghairankan jika mereka mampu mencipta gandingan cemerlang pada perlawanan ini dan seterusnya memastikan kehilangan Vermaelen tidak begitu dirasai..

Gandingan Fabregas, Song dan Denilson tanpa ragu-ragu lagi telah terbukti cemerlang memandangkan inilah barisan tengah sejak musim lepas lagi.. Dengan kreativiti Fabregas, kecemerlangan bertahan Song dan rembatan padu daru Denilson, pastinya bahagian tengah Arsenal tidak akan terjejas tanpa khidmat Diaby..

Namun Atikah masih tidak pasti sama ada Wenger akan turunkan Denilson mahupun Rosicky.. Namun Atikah lebih prefer Denilson sebab stail rembatan padu jarak jauhnya sedikit sebanyak akan membantu Arsenal nanti sementara menunggu Rosicky kembali ke rentak terbaiknya di hadapan pintu gol..

Kehilangan Walcott pastinya mampu diisi dengan baik oleh Nasri yang kembali lebih awal dari yang dijangka.. Namun kerisauan terbesar fans Arsenal ialah adakah Arshavin akan menjadi sebodoh minggu lepas di hadapan gawang gol sekali lagi.. Namun apa yang pasti Chamakh akan menggalas tanggungjawab cukup berat iaitu merobek gawang SC Braga..

Atikah harap kita akan mulakan kempen Champions League dengan cemerlang dan menundukkan Braga dengan mudah selepas Braga setakat ini telah mengejutkan beberapa gergasi.. Termasuklah bekas kelab Squillaci.. Pastinya Squillaci mahu membalas dendam kekalahan Sevilla di tangan Braga tempoh hari.. Adios!!

P/S : Padan muka dengan MU sebab Antonio Valencia patah kaki.. Baru mereka tahu apa perasaan Arsenal selama ini kehilangan tiga pemain akibat patah kaki dan kenapa Wenger cukup benci giler bila ada orang terjah teruk sikit dekat pemain dia.. Bukan ke lagi bagus kalau si Rooney ke yang patah kaki?? Betul x?? Apa-apa pun harapnya ianya tidak akan berlaku lagi kepada pemain Arsenal..

5 comments:

zizie said...

haha padan muke MU...hahahaa..zizie pun setuju kalau rooney patah kaki.lagi bagus england tak ade pemain mcm rooney.

15.9.10
FakhruL_razi said...

ptahkn ja kki frguson tu..lg puas.

15.9.10
Putraz April said...

innalillah...kesian mu....huhu

15.9.10
Hero Kampung said...

sudilah kiranya atikah kongsikan news kat sini dekat rumah saya,,kat sana pun ramai gak fan arsenal,,cuma berita jer takder,,
nanti atikah letak la sumbernya dari sini,,

ni linknya,, www.lepaksitm.com

perlukan bantuan ni,,

15.9.10
atikah said...

TaYa mAt Amin.. Atikah mintak maaf sangat.. Atikah x leh nk tolong sbb Atikah sibuk sangat.. Lagi pun skrg nie Atikah tgh buat plan utk cantikkan lagi blog nie dgn tgh fikir2 nak buat website.. jadi bnyk sikit information boleh diberitahu.. so mmg Atikah busy sangat.. so sorry..

15.9.10

Post a Comment