25 September 2010

Pre Match : Arsenal VS West Bromich Albion

Arsenal akan menanti kunjungan West Bromwich Albion di Stadium Emirates malam ini pada pukul 9.30.. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung oleh Astro Supersport 3 di channel 817.. Jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikannya.. Harapnya kita boleh terus menekan Chelsea yang akan menentang Manchester City minggu ini..

Arsenal dijangka menerima kembali khidmat Abou Diaby, Tomas Rosicky dan Emmanuel Eboue untuk perlawanan ini namun ianya banyak bergantung dengan keputusan ujian kecergasan mereka sebelum perlawanan.. Okey ini ialah barisan yang dijangka akan diturunkan tanpa kelibat 3 pemain ini kerana mereka mungkin berada di bangku simpanan mahupun terlepas perlawanan ini..

ALMUNIA
SAGNA-----SQUILLACI-----KOSCIELNY-----CLICHY
WILSHERE-----SONG-----DENILSON
NASRI-----CHAMAKH-----ARSHAVIN

Samir Nasri mempunyai kenangan yang cukup manis menentang WBA di Stadium Emirates.. Perlawanan tersebut merupakan debut pertamanya sebagai pemain Arsenal dan beliau telah menjaringkan gol tunggal perlawanan dan gol pertamanya didalam jersi Arsenal pada pernampilan beliau di Emirates Stadium menentang WBA.. Adakah Nasri akan mengulanginya semula??

Apa-apa pun Atikah harap Arsenal akan membelasah West Brom malam ini.. Rekod 16 gol dijaringkan di Emirates Stadium sementara hanya satu gol dilepaskan sepanjang 3 perlawanan di gelanggang sendiri patut dipertahankan Arsenal.. Kerana ianya mungkin mampu membantu Arsenal di penghujung musim nanti kelak.. Siapa yang tahu.. Adios!!

3 comments:

wantong said...

yeaahhh..go gunner

25.9.10
zizie said...

Ye atikah , kite akn terus menekan chelsea secara senyap.

25.9.10
matnor_gunners said...

atikah.. song dpat main ker mlm nie? bukan ker die kna gntung 1 prlawanan??

25.9.10

Post a Comment