22 September 2010

Siapa yang budak sekarang Redknapp ??

Arsenal membuktikan kepada Rafael Van Der Vaart yang Arsenal jauh lebih baik, lebih hebat, lebih bagus dan pasukan yang paling besar dan terbaik di Utara London.. Pemain Arsenal juga menunjukkan kepada Redknapp yang sebelum ini mengutuk Arsenal dengan mengatakan Arsenal tidak boleh menang dengan budak-budak dengan menunjukkan kepada dia yang Arsenal bukan pasukan budak-budak lagi selepas memperbudakkan dan mengajar Spurs cara untuk bermain bola sepak..

Arsene Wenger yang melihat perlawanan dari kerusi penonton mengakui ianya cukup menyeronokkan untuk melihat perlawanan dari kerusi penonton selepas melihat pasukannya menunjukkan kepada Redknapp yang pasukannya yang budak.. Namun Arsenal hanya mampu menunjukkannya pada masa tambahan perlawanan selepas terikat 1-1 pada masa sebenar..

FABIANSKI
EBOUE-----DJOUROU-----KOSCIELNY-----GIBBS
ROSICKY-----DENILSON-----WILSHERE
LANSBURY-----VELA-----NASRI

Arsenal mendahului seawal minit ke-15 selepas Henri Lansbury yang bari Wenger cara permainannya hampir sama dengan lagenda Arsenal, Ray Parlour menyumbat gol pertamanya bersama skuad utama selepas menolak masuk hantaran Jack Wilshere yang memperdayakan Pletikosa..

Selepas itu Arsenal gagal memecah gawang Spurs dan Keane yang baru di bawa masuk meledak gol penyamaan selepas sepakannya berjaya ditepis Fabianski namun tidak cukup untuk bola tersebut menerjah jaring.. Namun sebenarnya Keane telah pun offside namun pembantu pengadil tu bangang sangat.. Waktu Gibbs x offside dia cakap offside.. Bila Keane offside dia kata x offside..

Arsene Wenger yang kadang-kadang mempunyai masalah untuk berhubung dengan Pat Rice menyuruh Chamakh dan Arshavin di bawa masuk untuk mengantikan Rosicky dan juga Vela.. Dengan Nasri diberikan kalungan armband.. Dan jelas sekali pertukaran tersebut membuahkan hasil untuk aksi di masa tambahan selepas pemain Arsenal masih gagal untuk menjaringkan gol..

Samir Nasri telah menaikkan kemarahan Atikah kerana jika beliau yang mengambil sepakan penalti sewaktu menentang Sunderland, Arsenal mungkin berjaya mengutip 3 mata penuh selepas pada perlawanan menentang Spurs beliau menjaringkan dua sepakan penalti selepas beliau dan Chamakh di jatuhkan di kotak penalti pada minit ke-91 dan 95..

Andrei Arshavin melengkapkan kemenangan gemilang Arsenal selepas merembat masuk bola menewaskan Pletikosa sebelum tamat separuh masa pertama masa tambahan.. Sementara itu Kieran Gibbs menjadi pemain terbaru mengalami kecederaan selepas terpaksa di bawa keluar pada separuh masa pertama masa tambahan akibat kecederaan selepas beraksi dengan cukup cemerlang sekali..

Wenger memberitahu kecederaan Gibbs merupakan kecederaan tulang metatarsal lagi.. Namun bukan tulang metatarsal yang Gibbs patah musim lepas namun tulang metatarsal yang lagi satu.. X ray hanya akan dilakukan awal pagi waktu London dan Atikah akan postkan update kecederaan Gibbs sebaik keputusan x ray didapati..

Okey pemain terbaik perlawanan Atikah rasa tanpa sebarang keraguan lagi ialah Jack Wilshere yang beraksi dengan cemerlang sekali dan menginspirasikan kemenangan Arsenal ini.. Jika Wilshere mampu meneruskannya, pasti ketiadaan Fabregas tidak akan dirasai sangat.. Adios!!

5 comments:

أنس ميرزا said...

astro tayang extra time mase dh minit ke 20...aku nk tgk gol...

22.9.10
Saiful Izuan's said...

ptg ni kul 6 ade ulang game ni ch 816..

22.9.10
Zamzaliman said...

Arsenal In The World...

22.9.10
zizie said...

Arsenal kelab terbaik dunia...

22.9.10
zizie said...

hahah...wenger jadi budak2..Harry Redknapp jadi bayi...

22.9.10

Post a Comment