06 September 2010

There's only one Fabregas

Ramai yang beranggapan yang Arsenal boleh berdikari sendiri tanpa nadi utama dan kapten pasukan, Cesc Fabregas dan mula menyebut Yoann Gourcuff, Mikel Arteta, Arda Turan, Hatem Ben Arfa dan x lupa jugak trio back up Fabregas the gunners, Jack Wilshere, Aaron Ramsey serta Samir Nasri sebagai calon sesuai mengantikan posisi Fabregas apabila beliau berhijrah pulang ke kampung halamannya nanti..

Hakikatnya, ianya tidak semudah seperti yang kita sangkakan.. Kita perlu ingat semasa era Theirry Henry dulu pun Arsene Wenger sudah membina skuad di sekililing Cesc Fabregas.. Kerana beliau ada perancangan kejayaan masa hadapan dibimbing oleh Fabregas.. Jadi jika Fabregas meninggalkan pasukan ianya bermaksud Arsenal terpaksa membina semula skuad tanpa kelibat Fabregas mengetuai pasukan..

Cuba fikirkan semasak-masaknya mengapa Wenger bersusah payah sepanjang musim panas memberitahu Fabregas supaya kekal di Arsenal dan melupakan hasrat beliau untuk kembali ke kampung halaman dan pasukan yang disokongnya sejak kecil lagi iaitu Barcelona yang menggunakan segala cara dari segi baik mahupun kotor untuk mendapatkan beliau namun hanya untuk menyaksikan Arsenal berterusan menepis asakan tersebut..

Bagi Atikah, hanya ada seorang sahaja Cesc Fabregas.. Beliau ialah pemain yang akan sukar di cari ganti Arsenal apabila beliau meninggalkan pasukan kelak.. Percayalah ianya lebih sukar daripada mencari pengganti Henry walaupun rebutan di posisi Fabregas jauh lebih ramai berbanding di posisi Henry dahulu.. Berikut ialah apa sebabnya..

Sebab pertama ialah beliau tahu segala-galanya tentang Arsenal.. Beliau merupakan otak dan jantung Arsenal.. Beliau yang mengerakkan Arsenal.. Lihat sahajalah bagaimana Arsenal main tanpa Fabregas.. Walaupun Fabregas gagal memberikan persembahan terbaiknya, tetapi rakan sepasukannya lebih bersemangat dan berkeyakinan untuk beraksi dengan cara Arsenal apabila Fabregas berada di atas padang..

Sebab kedua ialah CESC FABREGAS sendiri.. Kesemua rakan sepasukannya di Arsenal cukup menghormati kapten mereka yang seorang ini.. Walaupun beliau nampak pendiam, namun sebenarnya beliau adalah yang paling tegas di kalangan semua pemain di bilik persalinan.. Kualiti kepimpinannya tanpa ragu-ragu lagi adalah yang terbaik..

Semangat juang Fabregas.. Sekali pun Arsenal ketinggalan 3-0 sekali pun.. Pemain yang boleh fans Arsenal harapkan tidak akan terus tunduk ialah Fabregas.. Beliau merupakan perwira mahupun pahlawan sebenar Arsenal di atas padang.. Biarlah kakinya patah sekali pun, selagi beliau boleh membantu pasukan, beliau tidak sama sekali akan meninggalkan padang..

Walau bagaimana delima pun beliau membuat keputusan untuk kekal di Arsenal mahupun kembali ke kampung halamannya menyertai Barcelona yang dipenuhi dengan rakan-rakan baiknya.. Hanya satu yang akan terus kekal di hatinya.. Iaitu Arsenal dan fans Arsenal.. Hatinya akan terus ada tempat untuk Arsenal walaupun jiwanya memberontak mahu meninggalkan Arsenal untuk pulang ke Nou Camp..

Komitmennya terhadap Arsenal tidaklah usah kita ragui.. Kerana beliau cukup komited dengan Arsenal.. Namun tolonglah.. X akan kita nak percaya apa yang dikatakan media, pemain Barca mahupun Barcelona sendiri tentang perkara ini dan membelakangkan apa sebenarnya yang dikatakan Fabregas.. Walaupun Atikah akui beliau kadang-kadang tidak menjawab segalanya dengan jujur..

Namun beliau merupakan pemain terbaik yang boleh kita harapkan.. Beliau sama sekali tidak akan mengecewakan mana-mana pun fansnya.. Itulah Fabregas yang kita kenali.. Cukup pendiam namun dalam diam beliau membuktikan komitmennya sama ada kita sedari mahu pun tidak..

Sejujurnya banyak lagi Atikah nak tulis.. Tapi sebab Atikah ada hal so Atikah harap anda semua boleh fikirkan apa sebabnya lagi kenapa Fabregas tidak boleh diganti.. Atikah akui kelab lebih besar dari pemain.. Namun terimalah hakikat, tanpa Fabregas Arsenal akan menjadi pasukan yang kita tidak kenali.. Renung-renungkanlah..

Pesanan Atikah ialah jika kita benar die hard fans Arsenal.. Kita kena terus berada di belakang kapten pasukan walau apa pun yang dikatakan orang lain.. Keep your trust.. Tanyalah hati anda.. Atikah harap tidak akan ada lagi kritikan terhadap kapten pasukan.. Berikanlah beliau waktu untuk kembali ke prestasi terbaiknya.. Beliau melalui musim yang memenatkan.. Atikah yakin x lama lagi, Fabregas akan kembali kepada dirinya yang kita kenali.. Adios!!

4 comments:

Zo Ahmad said...

ben arfa???hahaha mustahil! sebab die musuh ketat squilaci!

6.9.10
zizie said...

Bagus2 ...pemain2 arsenal dah menunjukkan kematangan.bukan kita tak memerlukan febregas lagi..cume jgn terlalu bergantung harap pada febregas je.

6.9.10
Hero Kampung said...

prinsip aku simple jer,, we make star,, not buy star,, juai jer,,, nanti ada la new fabregas plak,, jgn risau,,

6.9.10
ZAIR13PJS said...

New Fabregas is Captain Jack Wilshare.Maybe.

7.9.10

Post a Comment