03 September 2010

Vermaelen pentingkan clean sheet dari jaringkan gol

Thomas Vermaelen memberitahu fans Arsenal supaya tidak mengharapkan beliau menjaringkan gol lagi musim ini seperti musim debutnya bersama Arsenal selepas menegaskan beliau lebih mementingkan pasukan tidak di bolosi berbanding menjaringkan gol selepas meledak sejumlah 8 gol sepanjang musim lepas..

Vermaelen pada 11 perlawanan pertamanya untuk Arsenal telah meledak 5 gol di mana membuktikan kehebatannya menerusi tandukan padu dan juga rembatan kaki kiri yang padu.. Namun setakat 3 perlawanan sepanjang musim ini, Verminator masih gagal menjaringkan gol dan beliau juga agak kurang menolong jentera serangan seperti musim lepas..

Ianya mungkin disebabkan kehadiran Maroune Chamakh yang akan memikul tugas sebagai pemain yang akan menjaringkan gol menerusi tandukan memandangkan beliau tinggi dan lebih gemar menjaringkan gol menerusi tandukan berbanding mengunakan kakinya.. Berikut ialah apa yang Vermaelen beritahu..

"I know the fans are expecting goals from me and I hope I can score some this year but for me it is not the most important thing.. It sounds silly but as a defender you are happier after a 6-0 win with the clean sheet than if you have scored one goal but you concede two.."

"Maybe for some people they are not happy to hear that but for me the most important thing is to defend and to defend as a team as well, and then we will get further as a team.. If we defend first then we can win games.. After that we will see.."

Bagi Atikah apa yang dikatakan Vermaelen ini memang benar.. Sebagai seorang pertahanan, adalah lebih wajib memastikan pasukan tidak dibolosi berbanding menjaringkan banyak gol berbanding penyerang yang bertanggungjawab menjaringkan sejumlah besar gol untuk pasukan.. Adios!!

2 comments:

zizie said...

haaa...contohi mcm pertahanan Manchester United tu..Ferdinand.
lebih mementingkan menjaga penjaga gol dari menjaringkan gol.

4.9.10
ZAIR13PJS said...

sesekali naik masa corner kick boleh lah.

4.9.10

Post a Comment