12 May 2010

Fab4 king of assists

Cesc Fabregas mungkin berada di tempat kedua dalam pencipta gol terbanyak EPL untuk musim 2009/2010 hanya 2 assists ketinggalan di belakang Frank Lampard.. Namun ianya sudah mencukupi untuk Fabregas menganggapnya sebagai raja assists selepas mencipta sebanyak 15 peluang dalam 27 perlawanan berbanding Lampard yang mencipta sebanyak 17 assists dalam 37 perlawanan..

Jadi tahniah Atikah ucapkan kepada Fabregas.. Dan statisk ini juga menunjukkan ketidak adilan dalam anugerah pemain muda terbaik PFA di mana James Milner menewaskan Fabregas.. Milner hanya mencipta 12 peluang dari 36 perlawanan dan hanya menjaringkan 7 gol berbanding Fabregas yang menjaringkan 15 gol dan mencipta 15 peluang dari hanya 27 perlawanan..

Walau apa-apa pun tiada siapa yang akan dapat menewaskan Fabregas untuk anugerah pemain terbaik tahunan Arsenal musim 2009/2010 selepas menampilkan aksi yang cemerlang bersama Arsenal sehinggakan bila Fab injured Arsenal cukup tempang berbanding musim sebelumnya..

Sementara itu Wenger dijangka akan membuat tawaran untuk Mikel Arteta jika Fabregas menyertai Barcelona musim panas ini di mana Atikah langsung tidak percaya yang Fabregas akan menyertai Barca musim panas ini.. Kerana Atikah ada kepercayaan yang penuh terhadap kata-kata Fabregas yang menegaskan yang dia gembira di Arsenal dan mahu kekal di Arsenal..

Sementara itu Arsenal telah mengesahkan 2 pasukan yang akan mereka tentang sebelum kempen Piala Emirates untuk persiapan musim 2010/2011.. Arsenal terus memilih Barnet untuk ditentang pada persiapan pertama pasukan di mana sudah beberapa kali pemain skuad simpanan Arsenal, Nacer Barazite muncul wira Arsenal dalam perlawanan menentang Barnet.. Perlawanan ini akan berlangsung pada 17 Julai 2010..

Untuk perlawanan persahabatan kedua pula.. Arsenal akan menentang bekas kelab 2 penjaga gol Arsenal, Lukasz Fabianski dan Wojciech Szczesny iaitu Legia Warsaw untuk perlawanan pembukaan stadium baru pada 7 Ogos 2010.. Namun mungkin akan ada perlawanan persahabatan seterusnya yang akan diberitahu nanti..

Sementara itu Atikah nak mengucapkan sekalung tahniah kepada skuad akademi Arsenal yang sah muncul juara Premier Academy League selepas menewaskan Nottingham Forest 5-3 di perlawanan akhir.. Namun apa yang manisnya skuad akademi Arsenal menewaskan MU di separuh akhir 5-3 dalam penentuan penalti selepas terikat 1-1.. So tahniah skuad akademi Arsenal.. Andalah penyambung kejayaan Arsenal nanti..

1 comments:

zizie said...

walaupun arsenal FC tak juara apa2..aku respek jugak kat wenger sebab menaikkan nama Arsenal di pentas Eropah mahupun Dunia.
Tahniah kepada Akedemi Arsenal kerana Juara 2009/2010

14.5.10

Post a Comment