16 April 2010

Sah Vermaelen terlepas aksi baki musim

Wenger mengesahkan dakwaan Atikah yang Vermaelen berkemungkinan terlepas aksi sepanjang musim ini selepas mengalami kecederaan betis yang agak serius dan terpaksa berehat selama sekurang-kurangnya 3 minggu.. Jadi ini bermakna perlawanan semalam merupakan perlawanan terakhirnya musim ini..

Sementara itu Denilson berada dalam keraguan untuk beraksi hujung minggu ini selepas mengalami kecederaan thigh groin.. Dan RVP pula memberikan berita baik di atas kemunculan semulanya dengan tiada sebarang masalah selepas di bawa masuk mengantikan Denilson semalam..

Kapten pasukan, Cesc Fabregas berpeluang untuk memenangi sekali lagi anugerah PFA Young Player of the Year yang pernah diterimanya pada tahun 2008.. Fab juga dicalonkan untuk anugerah PFA Player of the Year.. Namun peluang terbaiknya muncul sebagai pemain muda PFA terbaik tahunan..

Bagi anugerah pemain muda terbaik tahunan PFA, Fabregas akan bersaing bersama James Milner, Joe Hart dan juga Wayne Rooney.. Fabregas dan Rooney muncul pilihan untuk memenangi anugerah ini..

Namun saingan di pemain terbaik tahunan PFA, Fab perlu menewaskan cabaran dari Didier Drogba, Carlos Tevez dan Wayne Rooney.. Atikah harap Fabregas yang Atikah jangkakan akan muncul permain terbaik tahunan Arsenal musim ini akan memenangi salah satu anugerah ini.. Kerana aksinya musim ini adalah yang terbaik sepanjang kariernya bersama Arsenal setakat ini.. Adios!!

1 comments:

TokiDoki said...

FAB terbaek..Assist paling banyak untuk season nih...
Mcm aku lak Atikah :P

16.4.10

Post a Comment