29 April 2010

Teams for 2010 Emirates Cup

Arsenal diberikan tugas sukar untuk mempertahankan kejuaraan Emirates Cup pada 31 Julai dan 1 Ogos ini selepas 2 nama besar kelab Eropah telah mengesahkan kehadiran mereka untuk saingan Piala Emirates 2010 sebaik Piala Dunia di Afrika Selatan melabuhkan tirainya.. Dan untuk pemanas badan sebelum cabaran sebenar Eropah dan liga Domestik..

Olympique Lyonnais, AC Milan dan Celtic ialah pasukan yang akan cuba merampas kejuaraan Piala Emirates dari Arsenal selepas Jack Wilshere mengetuai Arsenal memenangi kejuaraan Piala Emirates tahun 2009.. Namun Arsenal disahkan tidak akan bertemu Lyon semasa pertandingan ini berlangsung..

Perlawanan pertama pada 31 Julai 2010 akan menyaksikan Arsenal akan menentang AC Milan selepas perlawanan di antara Celtic dan Lyon.. Untuk penentu kejuaraan, Arsenal akan menentang Celtic selepas keputusan di antara perlawanan Lyon dan Milan tamat..

Arsene Wenger telah pun memberikan petunjuk akan adanya beberapa pemain yang akan menyertai Arsenal selepas mengakui ada beberapa nama di dalam kepalanya untuk dibawa masuk ke Emirates Stadium.. Dengan Chamakh dijangka akan menjadi pembeliaan pertama Wenger musim panas ini, dijangka akan ada beberapa lagi pemain akan menuruti jejak Chamakh..

Dijangka akan adanya seorang penjaga gol, 2-3 orang pemain pertahanan baru.. Dan mungkin akan ada satu atau dua lagi pemain tambahan di posisi tengah dan serangan.. Namun Senderos akan mengetuai beberapa pemain yang akan meninggalkan Arsenal seperti Silvestre, Almunia dan juga Eduardo..

Masih belum dapat dipastikan selain Chamakh, siapa yang akan ke Emirates Stadium musim panas ini.. Begitu juga siapa yang akan pergi.. Silvestre, Senderos Gallas dan Campbell akan tamat kontrak bulan depan.. Namun Campbell dan Gallas dijangka kekal.. Dan belum ada kepastian siapa yang akan dijual Wenger..

Tentang khabar angin yang mengatakan Arshavin berminat untuk ke Barcelona pulak Atikah x berapa nak layan.. Musim panas lepas pun ada jugak khabar angin ini.. Ianya disebabkan Arshavin merupakan peminat Barca dan ada jersi Barca.. Tapi Atikah x kisah dia pergi ke Barca pun..

Sebabnya Atikah dah kecewa dengan prestasi, sikap dan ego Arshavin sepanjang musim ini.. Jika Arshavin pergi, Wenger dijangka mahukan Barca menukarkan Bojan Krkic untuk Andrei Arshavin.. Bagi Atikah Arshavin pergi dan kita ada Arshavin baru, iaitu Krkic.. So kehilangan Arshavin tiada makna pun..

Memang sejujurnya Atikah teramat-amat kecewa dengan prestasi, sikap, ego dan sifat x fikir dahulu sebelum bercakap dengan media oleh Arshavin.. Dulu dia merupakan pemain kegemaran Atikah, tapi sekarang?? Hmm Atikah pun x tahu.. Sejujurnya Arshavin dah kecewakan Atikah dan Atikah langsung x peduli mana dia nak pergi..

Bila Arshavin pergi Atikah harap Barca akan bayar dalam sekitar 10 juta pound dan Bojan Krkic atau mungkin juga dengan Yaya Toure.. Tapi Atikah lebih prefer Krkic.. Tapi kalau boleh dapat dua-dua lagi bagus.. Tapi Atikah rasa Barca lebih prefer bagi balik Hleb dan mungkin juga dengan Krkic.. Adios!!

2 comments:

Saifol Lizam Hamzah, said...

Hleb mana ada kat barca dahh.... dia sudah pergi kelab lamanya...
arsenal harus ada pertahanan dan perancang yg lebih bagus.. bukan serangan..

30.4.10
atikah said...

saifol.. hleb dipinjamkan je kat stuggart tu.. bknnya dh kena jual.. ehh.. pemain serangan pun penting.. kalau x de striker bagus, mcm mana nak skor semasa lwn team2 yg ada pertahan hebat??

1.5.10

Post a Comment