11 July 2010

Gai Assulin, Manuel Almunia & Mark Schwarzer rumours

Arsenal dilaporkan akan bersaing bersama Tottenham Hotspurs dan juga Chelsea untuk mendapatkan tandatangan bekas pelajar akademi Barcelona yang boleh didapati secara percuma selepas dilepaskan Barcelona awal bulan ini.. Namun menurut spy Atikah, Spurs merupakan pilihan utama untuk mendapatkan tandatangannya..

Namun dengan prospek kariernya boleh berkembang di Arsenal ianya mungkin akan membuatkan pemain sayap dan tengah menyerang berusia 19 tahun ini akan menyertai Arsenal.. Pemain kelahiran Israel ini dilaporkan akan membuat keputusan dalam masa beberapa minggu lagi tentang masa depannya..

Dalam berita lain pula.. Manuel Almunia dilaporkan sedang diperhatikan kelab Sepanyol, Atletico Madrid.. Almunia dijangka meninggalkan pasukan jika Mark Schwarzer disahkan sebagai pemain Arsenal (dijangka akan dibuat pada dalam masa beberapa hari lagi).. Namun ianya bergantung jika penjaga gol utama mereka David De Gea meninggalkan pasukan ataupun tidak..

Aaah.. Kenapa dalam banyak-banyak golkeeper dalam dunia nie Wenger pilih Schwarzer?? Bagi Atikah keeper Arsenal sekarang nie lebih baik daripada Schwarzer.. Tapi menurut spy Atikah Wenger buat keputusan untuk membeli Schwarzer adalah disebabkan mahukan pengalamannya dicurahkan kepada keeper muda Arsenal..

Dan disebabkan Wenger hanya mahukan golkeeper short term sahaja.. Dan dilaporkan juga jika Schwarzer menyertai pasukan.. Schwarzer akan diberikan kontrak sebagai staf kejurulatihan Arsenal sebaik sahaja Schwarzer bersara daripada aksi bola sepak.. Aaah.. X kisahla.. Janji bila Schwarzer hadir dia akan buktikan yang tekaan Atikah salah.. Yang Almunia, Fabianski, Mannone dan Szczesny lebih baik daripadanya..

Apa yang paling penting sekarang ini ialah siapa sahaja yang di bawa masuk Wenger akan memberikan aksi bertaraf dunia ke dalam pasukan untuk memastikan Arsenal menamatkan 5 musim tamat kejuaraan.. Begitu juga dengan skuad Arsenal yang sedia ada ini iaitu memastikan mereka jauh lebih baik daripada musim lepas.. Adios!!

1 comments:

kareem said...

bravoooo....keeper baru

12.7.10

Post a Comment