26 July 2010

Keeper and Defender Rumours

Terdapat laporan yang mengatakan Maarten Stekelenburg kini berada di radar Wenger.. Wenger yang menolak peluang mendapatkan David James beberapa hari lalu dilaporkan sedang mempertimbangkan membuat tawaran kepada penjaga gol Ajax dan Belanda berusia 27 tahun ini selepas Schwarzer dilihat sukar untuk didapati..

Namun segalanya masih rumours.. Menurut spy Atikah Wenger lebih berminat untuk mendapatkan Schwarzer memandangkan beliau hanya mahu mencari penjaga gol short term sementara menunggu barisan penjaga gol mudanya bersedia menyahut cabaran sebagai penjaga gol nombor satu Arsenal..

Sumber terdekat dengan kelab Ajax melaporkan yang Arsenal mempunyai peluang cerah untuk mendapatkan Stekelenburg.. Namun sekali lagi Atikah tegaskan ianya masih rumours.. Atikah akan arahkan spy Atikah memerhatikan sebarang perkembangan pasal rumours ini.. Tapi sejujurnya Atikah tidak rasa ianya akan jadi kenyataan..

Kerana Wenger hanya berhasrat mencari short term keeper.. Namun hakikat Wenger menolak untuk mendapatkan David James (yang bagi pandangan Atikah lebih baik dari Schwarzer) menyaksikan Atikah dan barisan spy Atikah memikirkan yang Wenger tidak begitu ambil peduli tentang krisis penjaga golnya..

Arsene Wenger yang terus terang mengakui yang dia masih mencari seorang lagi pemain pertahanan dilaporkan telah give up untuk mendapatkan khidmat Phil Jagielka selepas Everton menutup pintu untuk berunding bagi mendapatkan khidmat tonggak pertahanan mereka itu.. Kerana Wenger menghormati keputusan Everton.. Bukan macam Barcelona tu..

Wenger dilaporkan bersedia membuat tawaran 10 juta pound kepada Werder Bremen untuk khidmat tonggak pertahanan gergasi mereka, Per Mertesacker.. Namun Mertesacker sebelum mengeluarkan kenyataan yang beliau mahu terus kekal di Bremen.. Tetapi jika Wenger mampu menawarkan perjanjian yang sukar ditolak Bremen dan Mertesacker, fans Arsenal pasti bergembira dengan kehadiran Mertesacker..

Atikah cukup minat gila dengan di Mertesacker ini.. Beliau berbadan tegap dan tinggi.. Sering melakukan terjahan bersih dan cukup sukar untuk melihatnya dilayangkan kad kuning mahupun kad merah.. Jika Mertesacker join Arsenal, Atikah yakin pertahanan Arsenal sudah cukup hebat untuk musim depan..

Kalau Mertesacker join Arsenal pastinya Koscielny akan berada di bangku simpanan.. Bagi Atikah Koscielny cukup bagus.. Melihat aksinya semasa menentang SK Sturm Graz cukup memukau Atikah.. Koscielny merupakan pertahanan yang bijak membaca pergerakan dan cukup bagus di udara..

Tetapi nak buat macam mana.. Arsenal perlukan sekurang-kurangnya seorang lagi pemain pertahanan yang perlu di beli walaupun Wenger membuat keputusan menyerap masuk Havard Nordtveit ke dalam pasukan.. Dengan Campbell belum tentu kekal, Wenger tidak boleh ambil risiko dengan melupakan untuk membeli seorang lagi pemain pertahanan.. Adios!!

2 comments:

kyo_9 said...

btol2.. backup memang penting..

26.7.10
Sazly Salfarina said...

Kalau Mertesacker masuk, makin kuat defend arsenal. Striker dah mantap, midfield pon dah terbukti kemantapannya.

Harap2 kali ni arsenal buleh pegang piala. Lama dah menunggu nih...

27.7.10

Post a Comment