22 July 2010

Nasri mengegar

Arsenal berjaya menumpaskan SK Sturm Graz 3 gol hasil dua gol daripada Samir Nasri yang terlepas pernebangan ke Afrika Selatan bulan lepas.. Nasri membuktikan dia lebih daripada mampu untuk berada dalam penerbangan tersebut selepas menginspirasikan Arsenal sepanjang separuh masa pertama perlawanan..

Hasil gerakan yang dimulakan oleh penyerang baru Arsenal, Marouane Chamakh.. Nasri melepaskan rembatan yang gagal untuk diselamatkan penjaga gol pasukan lawan pada minit ke-16.. Nasri muncul penjaring sekali lagi selepas rembatan padunya menerusi free kick 2 minit sebelum tamat perlawanan gagal dikeluarkan penjaga gol..

Henri Lansbury yang menyarung jersi kapten pasukan bernombor 4.. Melengkapkan kemenangan Arsenal selepas bijak memperdayakan penjaga gol untuk gol ketiga perlawanan pada minit ke-57..

Hanya 2 penjaga gol yang diturunkan Arsenal awal pagi tadi.. Iaitu Lukasz Fabianski dan rakan senegara Fabianski, Wojciech Szczesny.. Kedua-dua mereka beraksi cemerlang walaupun jarang melakukan aksi menyelamat.. Atikah menjangkakan yang Fabianski dan Szczesny merupakan calon Wenger untuk posisi nombor 1 musim depan jika tiada penjaga gol baru dibeli..

Dengan Manuel Almunia sekali lagi disisihkan.. Atikah langsung tidak nampak peluang untuk Almunia kekal musim depan.. Terutama sekali Fabianski dan Szczesny menampilkan aksi menyakinkan di perlawanan pra musim.. Vito Mannone pula mungkin hanya akan jadi pilihan ketiga Wenger walaupun cemerlang musim lepas..

Bagi pandangan Atikah.. Persembahan Koscielny cukup menyakinkan.. Beliau hampir sahaja menjaringkan gol.. Namun sayangnya tandukan padunya meliar.. Namun Atikah dah mula dapat merasakan yang Wenger sekali lagi membuat pembelian bijak apabila membawa masuk Koscielny..

Pemain terbaik yang beraksi daripada mula sehingga tamat perlawanan ialah Havard Nordveit bagi pandangan Atikah.. Nordveit cukup cemerlang walaupun diletakkan sebagai bek kanan sedangkan beliau merupakan pemain pertahanan tengah mahupun pemain tengah bertahan.. Aksi bertahan dan menyerangnya cukup menarik perhatian Atikah..

Atikah rasa Wenger patut memanggil beliau ke dalam skuad utama musim depan walaupun Wenger masih membeli seorang lagi pemain pertahanan.. Keranan Nordveit cukup berhak mendapatkannya selepas menampilkan aksi memukau sepanjang 90 minit perlawanan.. Adios Amigos!!

2 comments:

zizie said...

Pemain muda sangat bagus.tapi arsenal menghadapi masalah besar bila berjumpa dgn kelab2 besar.

22.7.10
Sazly Salfarina said...

betul tu. Walaupon main bagus, tapi bile ade game penting, mesti depa gugup. Kene ade juga pemain berpengalaman.

23.7.10

Post a Comment