08 July 2010

Schwarzer gagal ujian perubatan

Spy Atikah boleh mengesahkan yang Mark Schwarzer gagal melepasi ujian perubatannya.. Menurut spy Atikah Schwarzer gagal melepasinya selepas buku lali kanannya mengalami kecederaan.. Namun ujian perubatan kedua menyaksikan staf perubatan Arsenal mengesahkan Schwarzer sebagai cergas..

Namun spy Atikah masih belum mampu untuk mengesahkan yang Schwarzer akan diumukan sebagai pemain Arsenal selepas dilaporkan Wenger lebih tertarik untuk membawa masuk penjaga gol nombor 1 Portugal, Eduardo ke Arsenal.. Eduardo kini di Itali untuk membincangkan kemungkinan berpindah ke Genoa..

Namun kemungkinan Schwarzer akan masuk bergantung kepada kata-kata akhir Eduardo yang akan membuat pilihan sama ada memilih untuk beraksi bersama Genoa di Seria A ataupun beraksi di EPL bersama Arsenal..

Robin Van Persie dilaporkan telah meluahkan keinginannya untuk menyarung jersi bernombor 10 Arsenal musim depan selepas William Gallas meninggalkan pasukan.. Nombor 10 tersebut pernah dipakai lagenda Arsenal Dennis Bergkamp iaitu pemain yang Van Persie gantikan di dalam pasukan..

Namun masih belum ada pengesahan rasmi daripada laman web rasmi Arsenal tentang penukaran nombor tersebut.. Namun sebaik sahaja Atikah mendengar berita terbaru, seperti biasa Atikah akan postkan.. Adios Amigos!!

6 comments:

shahril said...

terima kasih byk atiqah...v.persie mmg sesuai no 10 kerana dia penyerang berbisa.....saya harap pilihan wenger mmemilih golkepeer adalah yg hebat utk arsenal terutamanya pembelian vermaleen yg bagus.....

8.7.10
shahril said...

latest news...true or false???...LISBON - Serie A Genoa have signed Portugal goalkeeper Eduardo from Braga for 4.5 million euros, the Portuguese club said on their website on Thursday.

8.7.10
atikah said...

shahril.. mmg betul.. eduardo sah jadi pemain genoa..

9.7.10
shahril said...

sedihnya.....x nak Mark Schwarzer...lebih baik vito mannare atau Szczesny..betul x atiqah???

10.7.10
atikah said...

shahril.. betul tu.. bagi atikah empat-empat keeper arsenal skrg nie jauh lebih baik ataupun lebih kurang standartnya je ngan schwarzer.. tapi dilaporkan wenger nk ambik schwarzer supaya fabianski, mannone dan szczesny ada masa utk tunjukkan potensi sebenar pada masa hadapan nanti..

10.7.10
shahril said...

ok....atiqah...baru shahril tahu..kan dah nama young gunner....

10.7.10

Post a Comment