19 August 2010

Arsenal minat untuk dapatkan Asamoah

Menurut ejen Kwandwo Asamoah, pemain tengah berusia 21 tahun Udinese ini telah menarik minat Arsenal.. Namun ejen Asamoah menegaskan masih tiada sebarang tawaran konkrit untuk khidmat pemain yang dinilaikan Udinese sebanyak 30 juta euro ini.. Namun Atikah rasa itu sahaja apa yang Arsenal akan buat tunjukkan minat dan tidak akan mengemukakan sebarang tawaran..

Kerana pemain pertahanan Arsenal yang kritikal sekarang ini.. Namun spy Atikah terus memberitahu yang masih tiada sebarang perjanjian akan berlaku di antara Arsenal dan mana-mana pemain pertahanan tengah selain dari kemungkinan perjanjian Mark Schwarzer yang mungkin akan dipersetujui minggu ini..

Sementara itu Spy Atikah melaporkan yang Leeds United berminat untuk mendapatkan khidmat Henri Lansbury yang baru sahaja dinaikkan pangkat ke dalam skuad utama Arsenal walaupun masih belum disahkan laman web rasmi Arsenal walaupun beliau dan 4 lagi pemain telah pun mengambil gambar bersama skuad utama Arsenal untuk musim 2010/2011..

Lansbury cemerlang semasa pinjamannya di Watford musim lepas.. Namun Atikah rasa lebih baik Lansbury kekal di Arsenal musim ini.. Lansbury cemerlang sepanjang kempen pra musim.. Namun segala-galanya akan bergantung kepada Wenger sama ada mahu melepaskan Lansbury secara pinjaman mahupun tidak.. Adios!!

1 comments:

zizie said...

pemain mude arsenal dah banyak sangat lahh.....gune pemain mude yg sedia ade utk aset mase depan.

19.8.10

Post a Comment